Jadi gadis itu..

Bismillah.


Jadi gadis itu..
hatinya perlu kuat!
Kenapa?

Kamu tahu persis apa hatimu, rapuh! Bila-bila masa saja bisa terluka. "kak..aku sudah pun menjaganya. Lantas aku juga yang memulakan langkahnya. Dia itu yang aku mahukan. Dia punya ciri-ciri yang aku mahukan. Aku titipkan doa pada Allah, aku ikhtiar menjaga diriku, aku khabarkan perasaanku agar sampai kepadanya melalui perantara. Sehabisnya aku usaha kak. Tapi kenapa? Tetap juga aku yang kecewa. Di mana salahku? Aku hanya mahukan dia yang bisa menjagaku, membimbingku. Kenapa dia menolakku?"

Duhai adik.. Sudahku pesan berkali-kali. Jadi gadis itu hatinya perlu kuat sayang. Apa yang kamu rasakan itu, perasaan itu semuanya adalah lumrah. Pantas jika kamu menyukai dirinya kerana dia ada ciri-ciri yang kamu impikan. Tapi sayang.. kamu lupa apa? Kamu sendiri titipkan doa pada Allah. Mana mungkin Allah sia-siakan doamu. Boleh jadi Allah punya rencana itu lebih baik untukmu. Allah tahu dia itu bukanlah yang terbaik untukmu.

Kamu pantas untuk dapatkan yang lebih baik sayang. Sabar! Sabar itukan indah. Jangan ikutkan kemahuanmu, sampai lupa pada kemuliaan dirimu. Jangan biar nafsu menguasai diri. Teruskan meminta dengan Allah, biar kamu terus kuat. Kuat dalam menjaga hatimu sayang. Biarkan dia yang menolak cintamu. Usah meratapi apa yang sudahpun terjadi. Pasti ada yang lain jauh lebih layak buat menjaga dirimu. Yakin duhai adikku. Pasti tidak akan ada yang sia-sia. Usaha sama doamu itu, semuanya jadi saksi kamu cuba menjaga diri menjadi wanita solehah di sisi Tuhanmu.
Aku nukilkan ini 'special' buat kamu🌹

Aku sayang sama kamu Lillah. Semoga Allah sentiasa menjaga kita, jadi hamba yang taat serta patuh akan perintahNya.

Maaf atas kekurangan diriku juga.😘 #Indah_Tarbiyah❤❤❤

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa itu 'TARBIYAH' ?

Kesunyian Itu Tarbiyah Buat Diri...

Ahmad Ammar Ahmad Azam