Awak sayang saya kan!

Bismillah...
kali ni fatin menulis sebab terkenangkan sahabat-sahabat yang sentiasa bersama dengan fatin. Apa maksud bersama tu? Fatin maksudkan sahabat-sahabat yang selalu ada untuk berikan nasihat, berikan pandangan di saat memerlukan, yang selalu menyebut nama fatin dalam doa-doa mereka. Siapa mereka? Wallahua'lam.. Fatin pun sebenarnya tak tahu siapa yang selalu mendoakan fatin. Hanya Dia yang tahu. Dan hanya Dia juga yang boleh membalas segala jasa baik sahabat-sahabat fatin tu. In shaa Allah, Ameen...

Awak sayang saya kan!
Sebab tu awak kirimkan doa.
Sebab tu juga awak selalu berikan nasihat, tegur saya bila saya buat silap.
Kalau tak sayang, takkanlah tika saya alpa awak datang tanpa dipinta, dengan senang hatinya membimbing saya kembali...
Walaupun terkadang awak tersilap cakap, terkasar dalam memberikan teguran, tersalah sangka pada saya.. saya tetap terima.
Kenapa?
Sebab saya tahu awak sayangkan saya kan. Awak tak nak saya terus menerus alpa dengan kesalahan yang saya lakukan.
Kadang termenung sendirian, bertuahnya saya punya awak sebagai sahabat. Lillah. Tak semua bertuah seperti saya, sahabat sentiasa ada biarpun seburuk mana diri saya. Awak tetap terima kan. Tak jemu kan tegur saya?

Setiap dari kita punya 'suasana kehidupan' yang berbeza. Kenapa? Agar saya belajar dari kehidupan awak, dan awak belajar dari kehidupan saya. Sama-sama kita ambil ibrah dari apa yang berlaku dalam kehidupan kita. Mungkin apa yang baik bagi saya, tak berapa sesuai untuk awak. Dan sebaliknya kan. Sebab itu juga Allah swt jadikan kita saling memerlukan antara satu sama lain. Awak hiasi kehidupan saya, saya hiasi kehidupan awak.

Awak sayang saya kan!
Jangan pernah jemu tegur saya tau..
Nampak saya buat silap, lagho entah ke mana..
Tarik saya semula. Ingatkan saya baik buruk perbuatan saya.
Walaupun dalam diam, awak memerhatikan, muncul hanya seperti chipsmore, kejap ada kejap tiada. Saya tahu, awak muncul saat saya perlukan awak. Saat yang lain mula tinggalkan saya, saat saya mula lupa menjaga diri.

Terima kasih awak.
Terima kasih untuk semuanya.
Semoga Allah jaga kita selalu.
BiiznilLah. Ameen..

Salam sayang, sahabatmu FatinπŸ’“πŸ’“πŸ’“

0 comments:

Catat Ulasan

Jejak..


Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?

Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,

Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?

Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.

Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.

Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

DUNIA Tempat Persinggahan KITA!

Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan keta
qwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.


Warkah Perjuangan!

"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]


Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”

Jiran Tetangga..