Cuba perkara baru..

Assalamualaikum semua. ๐Ÿ˜Š

Bila bercakap pasal cuba perkara baru ni, kalian berani ke? Apa perkara baru yang kalian dah cuba? 

Mungkin bagi seorang gadis, dari tak tahu masak, dah boleh memasak sekarang ni. Dah cuba-cuba masuk dapur, kenal bahan-bahan utama masakan, dah hafal resipi, dah kenal periuk kuali semua.. Kan๐Ÿ˜„

Mungkin jugak ada abang kakak kita yang dah pandai berdikari cari duit sendiri. Tak nak susahkan mak ayah. Walaupun masih belajar, tetap gigih cari side income kan. Sekurang-kurang ada jugaklah yang masuk poket tiap-tiap bulan. Sekarang ni Fatin perasan ramai sangat anak-anak remaja mulakan bisnes. Takyah cakap orang lainlah kan, sebab sebenarnya Fatin sendiri pun dah mula berjinak-jinak dengan dunia bisnes ni. Hujung tahun lepas, kiranya awal semester 3 hari tu.. Fatin dengan kawan-kawan ada la mulakan bisnes tudung secara kecil-kecilan. Alhamdulillah.. bergeraklah jugak. Ada la untungnya walaupun cikit. Yelah.. fatin pun masih baru so masih tak pandai lagi nak bahagikan masa untuk jual tudung dan dalam masa yang sama nak focus study. Ada ruang barulah fikir pasal tudung tu. Sekarang ni fatin tengah cuti sem, 2 minggu. Bosan jugak sebenarnya kat rumah ni. Hehe๐Ÿ˜… Takda kerja sangat, so fatin decide untuk jadi dropship tudung Hijabmanis. Alhamdulillah.. Banyak ilmu-ilmu baru pasal bisnes yang fatin dapat belajar bila jadi dropship ni. Yelah.. kita bukan sekadar iklankan barang, tolong cari customer, tolong jual barang.. nak buat semua tu kena ada skill dan ilmu jugak kan. Betul tak? Sebab tu sesiapa sahaja yang jadi agent ataupun dropship sesuatu produk ataupun barang pasti hq akan guide dari awal sampai akhir. Barulah jalan bisnes dyeorg kan. Kita pun takdalah terkapai-kapai blur sahaja. ๐Ÿ˜Š
Fatin perhatikan, kawan-kawan universiti pun banyak yang jalankan bisnes. Ada bisnes tudung, ada bisnes topup, ada bisnes makanan dan ada jugak bisnes produk kecantikan. Seronok sebenarnya. Saling support member kan. Aku beli barang kau, kau beli barang aku. Ataupun aku promote barang kau, kau pulak promote barang aku. Semua merasa kan. Barulah happy, senang hati sebab sama-sama success. ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

Mungkin jugak ada antara kita yang cuba penuhi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti baru.. Kalau sebelum ni jenis suka indoor game je, kali ni cubalah outdoor game pulak. Yang lasak-lasak cikit. Panjang bukit/gunung, pergi diving, camping.. Mencabar bagi mereka yang baru berjinak-jinak ni.. Tapi seronok. Tak salah cuba perkara baru kan. 

Actually, banyak perkara baru yang kita boleh cuba. Just like be someone new. Haha.. ๐Ÿ˜… camna tu fatin? 

Maksud fatin, andai kata kita jenis cepat marah, baran, tak kena cikit terus melatah, say something bad, act like others takda perasaan.. You can try be 'a new person'. ๐Ÿ˜ 
Fatin pun cuba perbaiki kelemahan yang ada. Cuba perkara baru, jadi lebib tenang. Tak cepat marah. Think before act and also talk. Create suasana yang mana orang boleh dekat dengan kita, seronok berkawan dengan kita, tak takut dengan kita. Hehe.. Itu semua pengalaman tau. ๐Ÿ˜„

Oklah.. Kita sama-sama cuba perkara baru. In shaa Allah. Kita cuba perkara yang mampu menambah kualiti diri kita. Mudah-mudahan kelebihan kita, boleh mendatangkan manfaat pada yang lainnya. 

Tq sudi baca.
Nah bunga๐ŸŒน

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa itu 'TARBIYAH' ?

Kesunyian Itu Tarbiyah Buat Diri...

Tiga Golongan Manusia