Saya Sayang Awak!

Bismillah..

Saya sayang awak.
Saya sayang sahabat-sahabat akhowat saya. Saya sayang mereka yang pernah bersama dengan saya, pernah menjalani kisah kehidupan bersama saya. Saya sayang mereka walaupun ada antara mereka ibaratnya seperti chipsmore, kejap ada kejap tiada. Saya sayang mereka yang sentiasa ada, susah payah bersama saya. Saya sayang mereka yang mengisi ruangan hati saya, walaupun pada mereka saya hanyalah kawan biasa. Saya sayang semuanya. Saya mohon pada Allah s.w.t. semoga Allah s.w.t. sentiasa menjaga mereka, melindungi mereka daripada tipu helah dunia & membawa mereka pada jalan yang diredaiNya. Lillah. Rindu semuanya..^^

Sahabat akhowat yang disayangi...
Diri yang menulis ini juga sungguh banyak kekurangannya. Diri kalian jauh lebih baik. Banyak yang Fatin belajar dari sahabat-sahabat semua, tak kiralah sahabat-sahabat seperjuangan mahupun teman-teman sepermainan. Mana yang terkurang, kalianlah yang melengkapinya. Terima kasih untuk semuanya.

Fatin ada sedikit perkongsian yang nak disampaikan. Moga-moga kalian sudi membacanya. Mana yang baik, ambillah sebagai pengajaran bersama, mana yang terkurang atau yang menyakiti hati kalian, tegurlah Fatin, bantu Fatin untuk memperbaikinya.

Kalian...
Dalam kita memperjuangkan 'cinta' kita, jangan pernah tersalah langkah.
Dalam kita melafazkannya, jangan sampai meleburkan diri.
Kealpaan kita, keasyikan kita dengan 'cinta'... jangan sampai membinasakan diri.

Tak salah memperjuangkan cinta. Tak salah melafazkannya. Tapi ada caranya, ada syariat yang perlu dipatuhi dan dijaga. Ada maruah diri yang perlu dilindungi.

Semua berhak merasa cinta.. Tiada siapa yang melarang. Lagi-lagi, umur kita, sememangnya jiwa sentiasa tertarik.

Andai benar cinta, jagalah perasaan itu sebaiknya.
Mohon pada Allah s.w.t agar sentiasa memandu perasaan kita itu pada jalan kebaikan.
Semoga apa yang kita rasakan itu tidak membawa kita pada jalan keburukan, lalai, alpa serta tak sedar apa yang kita buat.
Semoga kita sentiasa dalam jagaan Allah s.w.t.
Dan semoga jiwa kita juga sentiasa dipandu oleh-Nya.
Ameen..




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa itu 'TARBIYAH' ?

Kesunyian Itu Tarbiyah Buat Diri...

Tiga Golongan Manusia