Abang & 'kisah cintanya'

Terimbau kembali kenangan tatkala bersama Ika & Umaira semasa minggu akhir final exam baru-baru nie. Mereka berdua adik-adik semester 1. Mengambil jurusan usuluddin. Masa tengah study dalam bilik dengan Ika, tiba-tiba Umaira datang, menceriakan suasana bilik yang dari tadi senyap je, sebab masing-masing tengah fokus study. Datang je Umaira, tak boleh nak fokus dah. ehehe... Ana ingatkan Umaira nie jenis pendiam. Tak banyak cakap. Rupa-rupanya, tak. Macam-macam diceritakannya.

Mula-mula kami saling ceritakan background masing-masing. Dari kisah keluarga, sekolah & seterusnya sehinggalah macam mana kami boleh berada di sini. Kebanyakan cerita Umaira, pasti terselit perihal abang sulungnya. Semangat dia menceritakan tentang abangnya. Macam-macam diceritakan. Dan masa tu juga, ana tertarik dengan apa yang dilakukan oleh abangnya. Nak tahu apa? hmm... ikuti perbualan kami ^^

"Umaira, abang umur berapa?"

"Abang tua setahun je dari Umaira."

"Ooo... Dia belajar kat mana sekarang?"

"Abang belajar kat Mesir sekarang. Dia dah tunang. Itulah.. sebenarnya Kak Ucu (gelaran buat ana), Umaira nak ikut abang. Masa SPM yang lepas, Umaira dah target dah subjek apa yang mesti cemerlang untuk ke sana. Tapi, rezeki takde. Tahun nie sistem kelayakan ke Mesir dah diubah suai. Subjek B.Inggeris pun kena strong. Keputusan B.Inggeris Umaira tak ok. Jadi, tak dapat nak ikut abang belajar kat Mesir."

"Takpelah Umaira. Ada sebab kenapa Umaira berada kat sini. Kita tak tahu kan. In shaa Allah.. ada hikmahnya."

"Ibu pun sebenarnya tak bagi Umaira ikut abang kat sana, takut susahkan abang."

"Kenapa?"

"Umaira sakit. Nanti ibu takut Umaira ganggu abang. Takut dia takleh fokus study. Kena jaga Umaira pulak. Abang tak kisah. Dia sanggup jaga Umaira. Tapi, itulah.. kesian kat abang. Umaira datang sini pun sebab abang. Kalau ikutkan hati, Umaira dah tak nak belajar sebab kecewa tak boleh ke Mesir. Tapi abanglah yang banyak pujuk Umaira. Dia kata Umaira tak boleh pentingkan diri sendiri. Kena fikirkan ibu ayah jugak. Sekurang-kurangnya abang nak suruh Umaira ambil diploma. Lepas tu, abang akan usahakan supaya Umaira dapat ke Mesir. Sebab tu bila kak Ucu tanya ape perancangan Umaira lepas nie, Umaira kata nak sambung kat luar, Mesir. Kak Ucu nak tahu tak? Sebelum SPM, Umaira takde semangat nak study. Sampaikan ibu selalu tegur Umaira, kenapa tak study. Dia tak nampak pun Umaira study. Pelajaran Umaira pun merosot sampaikan kena panggil dengan cikgu-cikgu kat sekolah. Pernah cikgu tanya pada Umaira, kenapa boleh jadi teruk macam nie. Sedangkan sebelum nie pelajaran Umaira ok. Cikgu kata Umaira mungkin takde semangat dan terganggu dengan apa yang menimpa Umaira. Tapi, Umaira tak rasa macam tu. Lepas tu, cikgu-cikgu banyak sangat bantu Umaira. Tekan Umaira supaya study. Cikgu call ibu sendiri. Ibu lagilah suka, dia tak kisah asalkan ada yang jagakan Umaira kat sekolah. Pukul 4 pagi dah kena ada kat sekolah. Buat latihan dulu sebelum masuk kelas. Balik rumah pukul 7 malam. Sebab habiskan experiment kat makmal sebelum SPM. Umaira nie jenis tak suka masuk makmal. Sebelum nie, orang lain buat experiment, Umaira tak. Keluar makmal. Sebab tu kena tahan macam tu. Cuba kak Ucu bayangkan, Umaira kena buat experiment sorang-sorang. Dah la arahan dalam b.Inggeris. Umaira memang lemah yang tu. Cikgu tak tolong. Dia suruh Umaira cari maksud sendiri. Bukak kamus. Cari satu-satu. Sampaikan hari exam SPM pun, kawan-kawan yang lain duk beratur baca doa nak masuk dewan, Umaira duk depan cikgu lagi. Habiskan latihan yang cikgu bagi. Memang betul-betul kena tekan. Disebabkan itu jugak, Umaira jadi semangat semula nak study. Malam-malam, Umaira akan study dalam bilik sorang-sorang. Buka lampu study kat meja. Macam study sorok-sorok. Umaira tak suka orang tengok Umaira study. Tak nak mereka tahu. Mase nak SPM, bilik Umaira memang sangat-sangat bersepah. Nota & kertas-kerta soalan atas katil, atas lantai. Sebab tu kalau nak gi sekolah Umaira kunci pintu bilik. Orang lain takleh masuk. Tapi, satu malam tu. Abang intai Umaira buat ape. Dia tahu Umaira tengah study & yang kelakarnya dia baru tahu, nota-nota dan kertas-kertas SPM dia yang hilang sebelum nie Umaira yang ambil. Dia sokong apa yang Umaira buat. Dia yang bagi kata-kata semangat. Sampaikan abang nak bagitahu kat ibu pasal Umaira nie jenis yang study senyap-senyap. Tapi, Umaira tak bagi. Biarlah ibu tak tahu. Asalkan nanti Umaira dapat buat yang terbaik masa SPM. Dapat result yang cemerlang."

"Oh, macam tu. Baguslah. Jadi, macam mana dengan result exam?"

"Alhamdulillah...Umaira dapat tandingi abang. Result Umaira lagi cemerlang."

"Alhamdulillah... Tapi, Umaira sakit ape?"

"Umaira sakit saraf. Sebelum nie Umaira pernah jatuh, pernah accident sampai tak boleh bangun."

"Allah.. sekarang macam mana?"

"Sekarang nie beginilah. Umaira takleh buat kerja-kerja berat. Kat rumah pun, Umaira tak buat kerja rumah. Abang yang buat. Dia memang rajin. Kalau Umaira buat kerja rumah, pasti kena tegur dengan abang. Umaira tak pandai. Dia yang ajarkan. Masa dapat adik bongsu, abanglah yang jagakan. Walaupun dia nak SPM masa tu, dia tetap jaga adik yang kecik tu. Sebab tu abang rapat dengan adik bongsu. Lagi satu, abang cucu kesayangan tok. Tok selalu tanyakan pasal abang. Kadang-kadang geram juga kami adik-beradik yang lain nie kak Ucu, cuba bayangkan.. bila balik kampung, tok tak ingat pun kat kami nie. Abang jugak yang dia cari. Dah cakap abang takde. Tak boleh. Nak jugak jumpa abang. Nak buka skype tak nak. Nak jumpa depan-depan. Sampaikan abang sanggup balik dari Mesir sebab tok rindukan sangat abang."

"Untunglah abang Umaira kan."

"Itulah.. Umaira pernah cakap kat abang. Abang nie bertuah. Semua sayangkan dia. Abang cakap kat Umaira, Umaira pun bertuah jugak sebab Umaira nie cucu kesayangan jugak. Cuma cucu kesayangan sebelah ibu. Tapi tok sebelah ibu dah takde."

"Oooo.. dua-dua cucu kesayangan. Baguslah. Umaira, macam mana abang boleh pergi Mesir?"

"Dia ambil STAM, tapi tak habis pun. Rezeki dia. Dapat pergi sana. Kena ambil kursus bahasa dulu kat sana. Tapi abang dah lulus. Suka sangat dia tu. Hari tu balik rumah bagitahu kat kami."

"Alhamdulillah... abang dah tunang kan. Bila dia tunang?"

"Abang tunang sebelum dia berangkat ke Mesir. Dekat airport!"

"Ha??? Airport...?"

"Betul kak Ucu. Sebenarnya macam nie, sebelum abang bertunang tu, dia pernah dah suka kat gadis lain masa sekolah. Tapi, gadis tu tinggalkan dia. Abang nie jenis bila dah suka, memang dia betul-betul suka. Tak maen-maen dah. Lepas tu frust la dia. Kali kedua, dia berkawan dengan seorang gadis nie. Dan dia berjaya ubah gadis tu dari biase-biase kepada yang lebih baik. Tapi itulah.. bila dah baik, pasti nak cari yang lebih baik kan. Gadis tu tinggalkan abang jugak. Sampaikan yang kali kedua nie, dia betul-betul frust. Ibu dah cakap awal-awal ibu tak suka anak-anak dia couple. Lepas tu, Umaira dah tak sanggup tengok abang asyik frust camtu, sampaikan Umaira pesan kat abang lepas nie jangan bagi peluang kat mana-mana perempuan dah. Jangan nak layan. Layan adik-adik abang je. Nak senyum pun kat kami jugak. Kat luar tak boleh! Kalau suka pun, simpan perasaan tu. Dengar cakap ibu. Umaira pun tak sangka, abang buat betul-betul. Kat sekolah, abang pegang jawatan pengawas disiplin. Memang tegas, pernah dia marah sampai satu bangunan tu boleh dengar. Umaira pun tak sangka. Tapi, walaupun dia macam tu, peminat dia tetap ramai. Umaira pun pelik kenapa ramai sangat minat kat abang. Selalu je dia dapat coklat. Lepas tu bagi kat Umaira. Ehehe..."

"Lepas tu?"

"Lepas tu, sebelum dia berangkat ke Mesir, ada satu malam tu dia masuk bilik Umaira. Nak minta tolong. Dia kata dia ada minat seorang gadis nie. Kali ini memang tak main-main dah. Sebab abang betul-betul nak melamar dia jadi isteri abang. Terkejut Umaira. Sebab dalam diam, abang jatuh cinta lagi sekali. Tapi kali ni, Umaira memang nampak kelainan pada diri abang, nampak kesungguhan dia."

"Allahurabbi..lagi sekali? Ibu ayah Umaira tahu tak?"

"Tak kak..abang tak bagi Umaira bagitahu ibu ayah. Cuma, abang mintak tolong Umaira, nanti bila kat airport, sebelum dia berangkat tolong alihkan perhatian ibu ayah sebab abang ada hal yang nak disettlekan. Akak tahu tak apa yang abang Umaira buat?"

"Abang Umaira buat apa? Pergi lamar gadis tu ke?"

"Betul kak. Abang pergi jumpa ayah gadis tu. Kebetulan gadis tu pun akan ke Mesir jugak, sama-sama sambung belajar kat sana. Tapi, gadis tu tak tahu yang abang sukakan dia. Hehe ^^ Lucu kan. Tapi abang Umaira memang berani. Terus bawak cincin sebagai tanda. Umaira pun tak tahu macam mana abang boleh buat semua tu."

"Lepas tu apa jadi? Teruja pulak akak..Hehe"

"Apa lagi kak..memang rezeki abang. Pak cik tu terima lamaran abang untuk anak dia. Terus bertunang kat situ. Mudah kan.. Mungkin disebabkan kesungguhan abang dan sifat-sifat lain yang ada pada diri abang membuatkan pak cik tu lembut hati terima dia."

"Ibu ayah macam mana pulak? Tak marah ke?"

"Ini paling best. Terkejut ibu ayah.. Hilang sekejap tahu-tahu dah tunang. Haha.. Nak buat camna, dah jadi kan. Lagipun, gadis tu pun memang budak baik kak. Sejuk mata bila lihat dia. Pandai abang pilih. Ibu pun tak menolak. Cuma ibu ingatkan abang pasal tanggungjawab dia, dan batasan-batasan yang perlu dijaga."

"Mashallah.. mudahnya urusan abang Umaira kan. Dapat jugak akhirnya bakal pasangan yang baik. Moga keduanya selamat disatukan. In shaa Allah. Seronok dengar cerita Umaira. Ha..Umaira tu bila lagi? Hehe.."

"Eh akak ni..ke situ pulak. Umaira taknak la potong line akak. Haha.. Silalah kak. Umaira pun tak sabar nak tunggu hari bahagia akak ni."

"Yelah.. In shaa Allah. Doakan yang terbaik untuk kita semua. Moga dipermudahkan urusan kita semua dan ketemu dengan jodoh yang baik budi pekertinya. Moga Allah s.w.t. reda akan semuanya. Ameen.."

"Ameen.."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa itu 'TARBIYAH' ?

Kesunyian Itu Tarbiyah Buat Diri...

Tiga Golongan Manusia