Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2016

Abang & 'kisah cintanya'

Terimbau kembali kenangan tatkala bersama Ika & Umaira semasa minggu akhir final exam baru-baru nie. Mereka berdua adik-adik semester 1. Mengambil jurusan usuluddin. Masa tengah study dalam bilik dengan Ika, tiba-tiba Umaira datang, menceriakan suasana bilik yang dari tadi senyap je, sebab masing-masing tengah fokus study. Datang je Umaira, tak boleh nak fokus dah. ehehe... Ana ingatkan Umaira nie jenis pendiam. Tak banyak cakap. Rupa-rupanya, tak. Macam-macam diceritakannya.

Mula-mula kami saling ceritakan background masing-masing. Dari kisah keluarga, sekolah & seterusnya sehinggalah macam mana kami boleh berada di sini. Kebanyakan cerita Umaira, pasti terselit perihal abang sulungnya. Semangat dia menceritakan tentang abangnya. Macam-macam diceritakan. Dan masa tu juga, ana tertarik dengan apa yang dilakukan oleh abangnya. Nak tahu apa? hmm... ikuti perbualan kami ^^

"Umaira, abang umur berapa?"

"Abang tua setahun je dari Umaira."

"Ooo... Dia belaja…

Kamu Wanita Yang Hebat!

Bismillah.

Kamu perlu tahu bagaimana menjaga diri. Jangan tersalah langkah apatah lagi tersalah jalan.

Tak salah punya rasa. Tapi bagaimana kamu menjaga dan mendidik rasa..? Kita masih punya Tuhan. Ada syariat yang perlu dipatuhi & dijaga. Ada nilai diri yang perlu dilindungi.

Tak salah meluahkan apa yang dirasa. Cukup sekadar pengetahuannya. Dan untuk perkhabaran yang seterusnya, tabahlah duhai diri. Kamu wanita yang hebat.
Bersiap siagalah untuk apa jua keputusan. Andai dibalas rasa itu, persiapkan ia pada jalan yang diredai-Nya. Bukan mencemarkannya sebelum tiba akad yang halal. Andai tidak dibalas, bahkan ditolak. Bersabarlah walau hanya diri yang tahu betapa sakitnya memendam rasa sendiri.

Kau masih punya Tuhan! Ingat ajaran agamamu. Kamu wanita yang hebat.
Didiklah diri, didiklah hati. Ketenangan itu hadir bilamana kau benar-benar terima ketentuan-Nya. Siapa kamu buat menidakkan apa yang berlaku? Orang yang belajar agama juga boleh kecundang, kalah disebabkan salah menjaga &…

Saya Sayang Awak!

Bismillah..

Saya sayang awak.
Saya sayang sahabat-sahabat akhowat saya. Saya sayang mereka yang pernah bersama dengan saya, pernah menjalani kisah kehidupan bersama saya. Saya sayang mereka walaupun ada antara mereka ibaratnya seperti chipsmore, kejap ada kejap tiada. Saya sayang mereka yang sentiasa ada, susah payah bersama saya. Saya sayang mereka yang mengisi ruangan hati saya, walaupun pada mereka saya hanyalah kawan biasa. Saya sayang semuanya. Saya mohon pada Allah s.w.t. semoga Allah s.w.t. sentiasa menjaga mereka, melindungi mereka daripada tipu helah dunia & membawa mereka pada jalan yang diredaiNya. Lillah. Rindu semuanya..^^

Sahabat akhowat yang disayangi...
Diri yang menulis ini juga sungguh banyak kekurangannya. Diri kalian jauh lebih baik. Banyak yang Fatin belajar dari sahabat-sahabat semua, tak kiralah sahabat-sahabat seperjuangan mahupun teman-teman sepermainan. Mana yang terkurang, kalianlah yang melengkapinya. Terima kasih untuk semuanya.

Fatin ada sedikit perko…

Cerita Muktamar!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah... Akhirnya Muktamar Sanawi PMKIAS Sesi 2014/2015 telah terlaksana. Berdebar menghitung hari. Menantikan saat di mana taklifan ini bertukar tangan. Lega bila semuanya dah berakhir. Tapi jauh di lubuk hati, sebenarnya masih gusar lagi. Walaupun dah bergelar "mantan", masih memikirkan sama ada taklifan sebelum ini berjaya dilaksanakan dengan sebaiknya ataupun tidak... Sejauh mana keberkesanan gerak kerja yang telah dilakukan? Adakah mereka semua telah menerima manfaat daripada amanah yang diri kerjakan? Semua tu sentiasa bermain-main di benak fikiran.

Allahurabbi... Takut.
Dan rasa ini sebenarnya dirasai juga oleh sahabat pimpinan yang lainnya. Bagaimana saya tahu? Setiap kali solat bersama, pasti pengerusi helwi bacakan doa, "Ya Allah, Engkau ampunilah salah silap kami sepanjang kami melaksanakan amanah yang diberi." Walaupun dah turun kepimpinan, kami diingatkan agar berterusan memohon ampun.

Amanah buk…

Why they should know???

Assalamualaikum semua..
Apa khabar? Sihat? ^_^

Kali ni nak kongsi apa yee.. Hmm???

Why they should know???
They? Yeah..Our parents!! Kenapa mak ayah patut tahu? Tahu apa ni?
Kenapa mak ayah patut tahu kita berkawan dengan siapa? Siapa kawan-kawan kita?  Apa nama mereka? Anak siapa? Asal mana? Belajar apa? Perangai camna? Baik ke tidak orangnya? Apa-apa je..sekurang-kurangnya mak ayah tahu dengan siapa kita berkawan. 
Ini pendapat fatin. fatin yakin sahabat-sahabat yang sedang membaca post ini pun ada pendapat sendiri kan.. ok! jom baca.
Bila mak ayah tahu dengan siapa kita berkawan, sebenarnya kita lebih selamat untuk berhubung dengan kawan-kawan kita. Tiada apa yang perlu disorokkan. Kawan kita pun takkan sesuka hati ambil kesempatan ke atas diri kita. Kalau sengaja ambil kesempatan tu, itu namanya cari nahas! jangan risau..support system kita kuat. Hehe..mak ayah takkan biar anak mereka diperlakukan sesuka hati oleh orang lain. Bila bergaduh dengan kawan-kawan, kita boleh minta pandan…