Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2016

#TipsNakBerjayaDuniaAkhirat (study)

Imej
Bismillah.. Assalamualaikum w.b.t. semua..

Kali ni Fatin kongsikan tips-tips yang boleh diamalkan oleh sahabat-sahabat semua. In shaa Allah.. moga bermanfaat ^_^

Apa tips nak berjaya dunia akhirat yee???
Fatin tak nak fokus terlalu jauh. Untuk perkongsian kali ni, Fatin cuma kongsikan tips dalam menuntut ilmu dan bagaimana menjadi penuntut yang baik. Berbekalkan ilmu yang kita pelajari selama ni, semuanya akan jadi bekal buat kita untuk bercucuk tanam di sini dan menuai hasilnya di akhirat kelak kan. Mudah-mudahan segala usaha baik kita dalam menuntut ilmu dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Ameen..

Masa zaman diploma dulu dan sekarang pun, Fatin selalu amalkan:

nak study, ikut cara kita sendiri. kita je yang tahu bila masa diri kita mudah untuk terima apa yang dibaca dan bila masa otak kita blurrr dan susah untuk study. nak ikut cara kawan kita study, pun boleh sebenarnya. Takde masalah pun, asalkan kita boleh go on dengan cara dia dan semestinya tak membebankan kita saat study. Sometimes…

Episod 5 ~ Khabar darinya...

Imej
Perjumpaan Aisyah dengan sahabat-sahabat lamanya, cukup membahagiakan di saat dia sendiri begitu merindukan mereka. Berjaya juga mereka mengadakan kejutan ini buat Aisyah. Aisyah merasakan dirinya sungguh bertuah kerana mempunyai teman-teman seperjuangan yang senantiasa mengingatinya dan sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menziarahinya. Inilah nama ukhuwwah kerana Allah. Pengorbanan. Inilah sumber kekuatan sesuatu persahabatan. Alhamdulillah...

Banyak yang dikongsikan sepanjang Aisyah bersama dengan sahabat-sahabatnya. Kisah kehidupan barunya sebagai seorang pelajar di tempat baru dan juga mengenang kembali kisah-kisah mereka terdahulu. Perempuan. Ada sahaja yang diceritakannya. Sampailah mereka bicarakan soal hati. Tak mampu untuk diselindungkan lagi. Aisyah akhirnya mengalah.

Aisyah memandang sahabat-sahabatnya. Dia memulakan bicara.
Sebenarnya, Aisyah tak tahu nak cakap apa bilamana orang tanya Aisyah dah berpunya ke belum. Aisyah..
Aisyah apa? Cakaplah adik oiiii...! buat …