Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2016

Episod 4 - Betul ke dia untuk kita?

Imej
Aisyah...
Awak dah dengar berita tergempar pasal Kak Yana? 
Berita tergempar? Berita apa Ika? Awak ni cepat betul bab-bab macam ni. Dah macam radio! Ada je berita nak disampaikan. Hehe ^^
Amboi! Awak ni kalau tak mengata Ika tak boleh ke?
Eh..! Ke situ pulak budak ni. Saya tak mengata awak pun. Betul apa! Awak kan radio kami. Hehe.. Dah la.. Cepat bagitahu saya. Apa berita tergempar tu?
Alah.. Tak best la kalau saya yang bagitahu. Aisyah pergilah jumpa Kak Yana. Biar dia sendiri yang bagithu Aisyah. Ok! :)
Macam tu pulak. Yelah.. Nanti petang ni saya jumpa Kak Yana.
*** Assalamualaikum akak Manis ^^
Waalaikumussalam Aisyah... buat apa kat sini?
Hehe.. saja! Nak jumpa akak. Dah lama kita tak berusrah kan kak. Rindu...
Ye ke dah lama? Kan minggu lepas kita dah jumpa masa usrah. Ada apa ni Aisyah? 
Ye ke? Lupelah Kak Yana. Hehe.. alah akak. Aisyah gurau je.. Makin manis Aisyah tengok akak sekarang ni. Ada ape-ape ke? Ehem3..
Eh.. ke situ pulak. Puji lebih-lebih ni.. Nak upah ape? Haha..^…

UNIC - Kita Da'i ft Hazamin Inteam, Hafiz Hamidun, Suhaimi Saad & Razin ...

Imej
(Lirik Kita Da'i) Dari mata turun ke hati, Dari niat menjadi bakti, Walau sekecil mana, Walau sebesar mana, Terus berbudi keranaNya.
Kehidupan mengajar kita erti memberi, Mewakafkan diri apa yang dimiliki, Sebagai ciptaan Allah yang terindah, Kita terdidik dengan amanah.
Kita Da'i penyebar inspirasi, Dengan akhlak terpuji, Dengan fikrah yang suci, Kita Da'i bukan ntuk dihargai, Dengan ikhlas di hati, Semaraklah kalam Ilahi..
Selagi mana di garis yang benar, Dakwah akan terus bersinar, Perjuangan takkan tercalar pudar, Jasad dan kalbu sentiasa berkobar.
(Rap) Setiap nafas ia ibadah, Takkan mudah tak mungkin menyerah, Perjuangan takkan tercalar pudar, Jasad dan kalbu sentiasa berkobar, Kita khalifah pembela agama, Tak kira siapa walau di mana, Kitalah Da'i, kitalah da'i, Ayuh semua kitalah da'i..

Episod 2 - Awak sebenarnya dah berpunya ke?

Imej
Rancak sungguh perbualan di antara dua gadis itu. Entah apa yang dibualkannya. Langkah mereka diatur perlahan keluar dari kelas menuju pulang ke asrama. Rakan-rakan yang lainnya juga sudah habis kuliah. Masing-masing sibuk di jalanan. Ada yang menuju ke kafe, ada yang pulang ke asrama dan ada juga yang bergegas masuk ke kuliah yang seterusnya.

Aisyah.. Aisyah..

Kelihatan Kak Aina memanggil Aisyah dari bawah pokok. Dia sedang berehat bersama-sama rakannya. Aisyah tersenyum dari jauh. Langkahnya diatur makin laju. Setibanya di bawah pokok, terus Kak Aina tarik tangan Aisyah dan membawanya jauh dari yang lain.

Eh! Kenapa ni kak? Ada perkara penting ke?

Risau juga Aisyah dengan tindakan Kak Aina.

Maaf Aisyah. Akak ada perkara penting nak tanyakan pada awak ni. Tapi, awak jawablah dengan jujur ye.

Emm.. apa dia kak?

Awak sebenarnya dah berpunya ke?

Erk.. soalan apa ni kak? Kenapa akak tanya?

Takpela.. jawablah dulu soalan akak tu. Dah ke belum?


Aisyah terdiam. Perlu ke dia memberi jawapan…

Episod 3 - MenCintai Dalam Diam

Imej
Lama memendam rasa. Akhlaknya memikat. Sepanjang Aisyah melaksanakan gerak kerja lapangan, tak pernah sekalipun dia bekerja dengan si fulan itu. Walaupun bergerak di bawah pimpinan yang sama, suaranya juga belum pernah didengari. Hanya melihat & mendengar bualan sahabat-sahabat seperjuangan mengenai akhlak si fulan. Entah mengapa, Aisyah sendiri kurang faham akan dirinya. Meminati dalam diam.

Doa dipohon pada-Nya agar dia tidak alpa dengan belaian perasan. Biarlah rasa ini dipandu oleh-Nya & kebaikan sahaja yang mengiringi langkahnya.

Ramadan Kareem hampir tiba. Projek baru bakal dilaksanakan sepanjang bulan mulia. Ditakdirkan Allah, nama Aisyah dicatat sebagai timbalan kepdaa si fulan yang merupakan ketua unit bagi projek tersebut. Sebelum ini hanya memandang dari jauh, namun kini di hadapan matanya sendiri. Aisyah tahu dia tidak kuat buat menahan rasa ini. Apatah lagi apabila bekerjasama. Bukan tidak profesional, tapi apabila melibatkan soal hati. Sukar menduga apa yang baka…

Putaran Hidup Manusia

Ketika umur kita bawah 10 tahun, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain.

Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

Meningkat kepada umur 30-an, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup. Membina keluarga. Ingin membeli kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

Namun akhir…