Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Abang & 'kisah cintanya'

Terimbau kembali kenangan tatkala bersama Ika & Umaira semasa minggu akhir final exam baru-baru nie. Mereka berdua adik-adik semester 1. Mengambil jurusan usuluddin. Masa tengah study dalam bilik dengan Ika, tiba-tiba Umaira datang, menceriakan suasana bilik yang dari tadi senyap je, sebab masing-masing tengah fokus study. Datang je Umaira, tak boleh nak fokus dah. ehehe... Ana ingatkan Umaira nie jenis pendiam. Tak banyak cakap. Rupa-rupanya, tak. Macam-macam diceritakannya.

Mula-mula kami saling ceritakan background masing-masing. Dari kisah keluarga, sekolah & seterusnya sehinggalah macam mana kami boleh berada di sini. Kebanyakan cerita Umaira, pasti terselit perihal abang sulungnya. Semangat dia menceritakan tentang abangnya. Macam-macam diceritakan. Dan masa tu juga, ana tertarik dengan apa yang dilakukan oleh abangnya. Nak tahu apa? hmm... ikuti perbualan kami ^^

"Umaira, abang umur berapa?"

"Abang tua setahun je dari Umaira."

"Ooo... Dia belaja…

Kamu Wanita Yang Hebat!

Bismillah.

Kamu perlu tahu bagaimana menjaga diri. Jangan tersalah langkah apatah lagi tersalah jalan.

Tak salah punya rasa. Tapi bagaimana kamu menjaga dan mendidik rasa..? Kita masih punya Tuhan. Ada syariat yang perlu dipatuhi & dijaga. Ada nilai diri yang perlu dilindungi.

Tak salah meluahkan apa yang dirasa. Cukup sekadar pengetahuannya. Dan untuk perkhabaran yang seterusnya, tabahlah duhai diri. Kamu wanita yang hebat.
Bersiap siagalah untuk apa jua keputusan. Andai dibalas rasa itu, persiapkan ia pada jalan yang diredai-Nya. Bukan mencemarkannya sebelum tiba akad yang halal. Andai tidak dibalas, bahkan ditolak. Bersabarlah walau hanya diri yang tahu betapa sakitnya memendam rasa sendiri.

Kau masih punya Tuhan! Ingat ajaran agamamu. Kamu wanita yang hebat.
Didiklah diri, didiklah hati. Ketenangan itu hadir bilamana kau benar-benar terima ketentuan-Nya. Siapa kamu buat menidakkan apa yang berlaku? Orang yang belajar agama juga boleh kecundang, kalah disebabkan salah menjaga &…

Saya Sayang Awak!

Bismillah..

Saya sayang awak.
Saya sayang sahabat-sahabat akhowat saya. Saya sayang mereka yang pernah bersama dengan saya, pernah menjalani kisah kehidupan bersama saya. Saya sayang mereka walaupun ada antara mereka ibaratnya seperti chipsmore, kejap ada kejap tiada. Saya sayang mereka yang sentiasa ada, susah payah bersama saya. Saya sayang mereka yang mengisi ruangan hati saya, walaupun pada mereka saya hanyalah kawan biasa. Saya sayang semuanya. Saya mohon pada Allah s.w.t. semoga Allah s.w.t. sentiasa menjaga mereka, melindungi mereka daripada tipu helah dunia & membawa mereka pada jalan yang diredaiNya. Lillah. Rindu semuanya..^^

Sahabat akhowat yang disayangi...
Diri yang menulis ini juga sungguh banyak kekurangannya. Diri kalian jauh lebih baik. Banyak yang Fatin belajar dari sahabat-sahabat semua, tak kiralah sahabat-sahabat seperjuangan mahupun teman-teman sepermainan. Mana yang terkurang, kalianlah yang melengkapinya. Terima kasih untuk semuanya.

Fatin ada sedikit perko…

Cerita Muktamar!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah... Akhirnya Muktamar Sanawi PMKIAS Sesi 2014/2015 telah terlaksana. Berdebar menghitung hari. Menantikan saat di mana taklifan ini bertukar tangan. Lega bila semuanya dah berakhir. Tapi jauh di lubuk hati, sebenarnya masih gusar lagi. Walaupun dah bergelar "mantan", masih memikirkan sama ada taklifan sebelum ini berjaya dilaksanakan dengan sebaiknya ataupun tidak... Sejauh mana keberkesanan gerak kerja yang telah dilakukan? Adakah mereka semua telah menerima manfaat daripada amanah yang diri kerjakan? Semua tu sentiasa bermain-main di benak fikiran.

Allahurabbi... Takut.
Dan rasa ini sebenarnya dirasai juga oleh sahabat pimpinan yang lainnya. Bagaimana saya tahu? Setiap kali solat bersama, pasti pengerusi helwi bacakan doa, "Ya Allah, Engkau ampunilah salah silap kami sepanjang kami melaksanakan amanah yang diberi." Walaupun dah turun kepimpinan, kami diingatkan agar berterusan memohon ampun.

Amanah buk…

Why they should know???

Assalamualaikum semua..
Apa khabar? Sihat? ^_^

Kali ni nak kongsi apa yee.. Hmm???

Why they should know???
They? Yeah..Our parents!! Kenapa mak ayah patut tahu? Tahu apa ni?
Kenapa mak ayah patut tahu kita berkawan dengan siapa? Siapa kawan-kawan kita?  Apa nama mereka? Anak siapa? Asal mana? Belajar apa? Perangai camna? Baik ke tidak orangnya? Apa-apa je..sekurang-kurangnya mak ayah tahu dengan siapa kita berkawan. 
Ini pendapat fatin. fatin yakin sahabat-sahabat yang sedang membaca post ini pun ada pendapat sendiri kan.. ok! jom baca.
Bila mak ayah tahu dengan siapa kita berkawan, sebenarnya kita lebih selamat untuk berhubung dengan kawan-kawan kita. Tiada apa yang perlu disorokkan. Kawan kita pun takkan sesuka hati ambil kesempatan ke atas diri kita. Kalau sengaja ambil kesempatan tu, itu namanya cari nahas! jangan risau..support system kita kuat. Hehe..mak ayah takkan biar anak mereka diperlakukan sesuka hati oleh orang lain. Bila bergaduh dengan kawan-kawan, kita boleh minta pandan…

#TipsNakBerjayaDuniaAkhirat (study)

Imej
Bismillah.. Assalamualaikum w.b.t. semua..

Kali ni Fatin kongsikan tips-tips yang boleh diamalkan oleh sahabat-sahabat semua. In shaa Allah.. moga bermanfaat ^_^

Apa tips nak berjaya dunia akhirat yee???
Fatin tak nak fokus terlalu jauh. Untuk perkongsian kali ni, Fatin cuma kongsikan tips dalam menuntut ilmu dan bagaimana menjadi penuntut yang baik. Berbekalkan ilmu yang kita pelajari selama ni, semuanya akan jadi bekal buat kita untuk bercucuk tanam di sini dan menuai hasilnya di akhirat kelak kan. Mudah-mudahan segala usaha baik kita dalam menuntut ilmu dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Ameen..

Masa zaman diploma dulu dan sekarang pun, Fatin selalu amalkan:

nak study, ikut cara kita sendiri. kita je yang tahu bila masa diri kita mudah untuk terima apa yang dibaca dan bila masa otak kita blurrr dan susah untuk study. nak ikut cara kawan kita study, pun boleh sebenarnya. Takde masalah pun, asalkan kita boleh go on dengan cara dia dan semestinya tak membebankan kita saat study. Sometimes…

Episod 5 ~ Khabar darinya...

Imej
Perjumpaan Aisyah dengan sahabat-sahabat lamanya, cukup membahagiakan di saat dia sendiri begitu merindukan mereka. Berjaya juga mereka mengadakan kejutan ini buat Aisyah. Aisyah merasakan dirinya sungguh bertuah kerana mempunyai teman-teman seperjuangan yang senantiasa mengingatinya dan sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menziarahinya. Inilah nama ukhuwwah kerana Allah. Pengorbanan. Inilah sumber kekuatan sesuatu persahabatan. Alhamdulillah...

Banyak yang dikongsikan sepanjang Aisyah bersama dengan sahabat-sahabatnya. Kisah kehidupan barunya sebagai seorang pelajar di tempat baru dan juga mengenang kembali kisah-kisah mereka terdahulu. Perempuan. Ada sahaja yang diceritakannya. Sampailah mereka bicarakan soal hati. Tak mampu untuk diselindungkan lagi. Aisyah akhirnya mengalah.

Aisyah memandang sahabat-sahabatnya. Dia memulakan bicara.
Sebenarnya, Aisyah tak tahu nak cakap apa bilamana orang tanya Aisyah dah berpunya ke belum. Aisyah..
Aisyah apa? Cakaplah adik oiiii...! buat …

Episod 4 - Betul ke dia untuk kita?

Imej
Aisyah...
Awak dah dengar berita tergempar pasal Kak Yana? 
Berita tergempar? Berita apa Ika? Awak ni cepat betul bab-bab macam ni. Dah macam radio! Ada je berita nak disampaikan. Hehe ^^
Amboi! Awak ni kalau tak mengata Ika tak boleh ke?
Eh..! Ke situ pulak budak ni. Saya tak mengata awak pun. Betul apa! Awak kan radio kami. Hehe.. Dah la.. Cepat bagitahu saya. Apa berita tergempar tu?
Alah.. Tak best la kalau saya yang bagitahu. Aisyah pergilah jumpa Kak Yana. Biar dia sendiri yang bagithu Aisyah. Ok! :)
Macam tu pulak. Yelah.. Nanti petang ni saya jumpa Kak Yana.
*** Assalamualaikum akak Manis ^^
Waalaikumussalam Aisyah... buat apa kat sini?
Hehe.. saja! Nak jumpa akak. Dah lama kita tak berusrah kan kak. Rindu...
Ye ke dah lama? Kan minggu lepas kita dah jumpa masa usrah. Ada apa ni Aisyah? 
Ye ke? Lupelah Kak Yana. Hehe.. alah akak. Aisyah gurau je.. Makin manis Aisyah tengok akak sekarang ni. Ada ape-ape ke? Ehem3..
Eh.. ke situ pulak. Puji lebih-lebih ni.. Nak upah ape? Haha..^…

UNIC - Kita Da'i ft Hazamin Inteam, Hafiz Hamidun, Suhaimi Saad & Razin ...

Imej
(Lirik Kita Da'i) Dari mata turun ke hati, Dari niat menjadi bakti, Walau sekecil mana, Walau sebesar mana, Terus berbudi keranaNya.
Kehidupan mengajar kita erti memberi, Mewakafkan diri apa yang dimiliki, Sebagai ciptaan Allah yang terindah, Kita terdidik dengan amanah.
Kita Da'i penyebar inspirasi, Dengan akhlak terpuji, Dengan fikrah yang suci, Kita Da'i bukan ntuk dihargai, Dengan ikhlas di hati, Semaraklah kalam Ilahi..
Selagi mana di garis yang benar, Dakwah akan terus bersinar, Perjuangan takkan tercalar pudar, Jasad dan kalbu sentiasa berkobar.
(Rap) Setiap nafas ia ibadah, Takkan mudah tak mungkin menyerah, Perjuangan takkan tercalar pudar, Jasad dan kalbu sentiasa berkobar, Kita khalifah pembela agama, Tak kira siapa walau di mana, Kitalah Da'i, kitalah da'i, Ayuh semua kitalah da'i..

Episod 2 - Awak sebenarnya dah berpunya ke?

Imej
Rancak sungguh perbualan di antara dua gadis itu. Entah apa yang dibualkannya. Langkah mereka diatur perlahan keluar dari kelas menuju pulang ke asrama. Rakan-rakan yang lainnya juga sudah habis kuliah. Masing-masing sibuk di jalanan. Ada yang menuju ke kafe, ada yang pulang ke asrama dan ada juga yang bergegas masuk ke kuliah yang seterusnya.

Aisyah.. Aisyah..

Kelihatan Kak Aina memanggil Aisyah dari bawah pokok. Dia sedang berehat bersama-sama rakannya. Aisyah tersenyum dari jauh. Langkahnya diatur makin laju. Setibanya di bawah pokok, terus Kak Aina tarik tangan Aisyah dan membawanya jauh dari yang lain.

Eh! Kenapa ni kak? Ada perkara penting ke?

Risau juga Aisyah dengan tindakan Kak Aina.

Maaf Aisyah. Akak ada perkara penting nak tanyakan pada awak ni. Tapi, awak jawablah dengan jujur ye.

Emm.. apa dia kak?

Awak sebenarnya dah berpunya ke?

Erk.. soalan apa ni kak? Kenapa akak tanya?

Takpela.. jawablah dulu soalan akak tu. Dah ke belum?


Aisyah terdiam. Perlu ke dia memberi jawapan…

Episod 3 - MenCintai Dalam Diam

Imej
Lama memendam rasa. Akhlaknya memikat. Sepanjang Aisyah melaksanakan gerak kerja lapangan, tak pernah sekalipun dia bekerja dengan si fulan itu. Walaupun bergerak di bawah pimpinan yang sama, suaranya juga belum pernah didengari. Hanya melihat & mendengar bualan sahabat-sahabat seperjuangan mengenai akhlak si fulan. Entah mengapa, Aisyah sendiri kurang faham akan dirinya. Meminati dalam diam.

Doa dipohon pada-Nya agar dia tidak alpa dengan belaian perasan. Biarlah rasa ini dipandu oleh-Nya & kebaikan sahaja yang mengiringi langkahnya.

Ramadan Kareem hampir tiba. Projek baru bakal dilaksanakan sepanjang bulan mulia. Ditakdirkan Allah, nama Aisyah dicatat sebagai timbalan kepdaa si fulan yang merupakan ketua unit bagi projek tersebut. Sebelum ini hanya memandang dari jauh, namun kini di hadapan matanya sendiri. Aisyah tahu dia tidak kuat buat menahan rasa ini. Apatah lagi apabila bekerjasama. Bukan tidak profesional, tapi apabila melibatkan soal hati. Sukar menduga apa yang baka…

Putaran Hidup Manusia

Ketika umur kita bawah 10 tahun, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain.

Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

Meningkat kepada umur 30-an, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup. Membina keluarga. Ingin membeli kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

Namun akhir…

Saya nak jadi macam akak!

Imej
Hmmm... Kenapa nak jadi macam akak dik? Apa yang specialnya akak ni? Akak rasa cam biasa-biasa je.. Kenapalah pilih akak?
Entahlah kak. masa mula-mula saya jumpa akak, terus saya terpikat. nak jadi macam akak. Ayu.. Baik.. Pakai tudung labuh.. Mesti akak dari keluarga baik-baik kan. Suka sangat tengok akak.
Ya Allah.. awak ni. Macam-macamlah. Nak tahu tak.. sebenarnya akak ni biasa-biasa je. Keluarga akak pun biasa-biasa je. Dalam family akak, kaum kerabat sepupu sepapat takde pun yang pakai tudung labuh a.k.a jilbab ni. Rare la cikit mase mula-mula akak pakai tu. ahaha..^^ rase cam alien pun ada jugak kekadang tu. Mungkin faktor persekitaran, belajar kat sekolah agama yang banyak bantu akak. Habis SPM, sambung kat kolej islam pulak. Biah pun lebih kurang je. Tak jauh beza. Mungkin sebab tu dah biasa kut. Tapi sekarang ni awak pun tengok akak biasa-biasa je kan. Akak takdelah pakai jilbab, tudung labuh selalu. kadang-kadang belit-belit,, shawl jugak.. Hehe.. Sekarang ni, bagi akak sel…

Pondok Tok Selehor!

Imej
#throwback

Sebaik sahaja kaki melangkah di bumi mrsm, rasa cam tak percaye. Alhamdulillah x 3... akhirnye sampai jgak kat snie. Macam2 hal yg mnghalang sblum nie. Sampaikn dh tak snggup nk reply sms adik2 maktab. Kalau reply, msti akan lukakan hati dyeorg. Tak reply, lagi2lah menambah kelukaan tu
Bila mana dpt bertentang mata dgn mereka, hanya senyuman & air mata shj yg bisa menggantikn kata2. Akhirnye rindu itu terubat. Ditambah lgi, dpt adik2 baru.

Itulah perancang Allah ! sangat2 hebat. Bila di sne, sebenarnye diri sendiri yg banyak belajar dr adik2. Walaupun mereka kadang2 takut nk bertanya, nk berubah, nk kekalkan perubahan... tapi disebabkan semangat & keinginan lebih kuat dr ketakutan, mereka akhirnye berjaya mengatasi masalah2 itu dlm diri mereka. Kenapa begitu? Sebab kekuatan itu sebenarnye dari Allah.

Petang kemarin saat mendengar luahan dr adik2, selalu aku ucapkan ayat ini, "jangan risau adik2, apa yg kalian buat skrang nie adalah utk mjaga diri kamu & jug…

#3 Muhasabah Diri

Imej
Bismillah...
Allah s.w.t perintahkan kita untuk muhasabah diri bukan pada hari-hari tertentu, program-program tertentu, waktu-waktu tertentu tapi S E N T I A S A pada setiap individu Muslim.

Muhasabah ada 2 jenis:
- Muhasabah apa yang telah berlaku
- Muhasabah apa yang akan berlaku

Saidina Umar sentiasa ada pertemuan dengan para sahabat yang lain untuk muhasabah diri.

Manusia juga ada 3 jenis perangai:
- Manusia yang suka bila orang lain muhasabah dirinya
- Manusia yang tak suka orang lain muhasabah dirinya
- Manusia yang lebih suka & selesa diri sendiri yang muhasabah (paling afdal)

moga bermanfaat :D

*** Kunci kebahagiaan diri !  Nak perbaiki diri? Ayuh ! Muhasabah...  Yang salah diperbetulkan, Yang baik diteruskan.

#Usukians

Imej
Assalamualaikum semua..
Apa khabar? Sihat?  Lama betul Indah tak menulis.. Coretan yang terakhir adalah pada bulan Disember. Hmm... Ini coretan pertama Indah untuk tahun 2016. Fuhhh... Lama kan..  Ada yang cari Indah tak? ehehe...^^ perasan jugak kan!  Apapun.. Indah harapkan agar semua sahabat-sahabat di luar sana sentiasa sihat, bahagia selalu, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan kalian, dunia dan juga akhirat.. ameen.
Untuk coretan kali ni, agak-agak apa yang Indah nak kongsikan dengan kalian semua? Hahaha..acu cube teka! 
In shaa Allah untuk kali ni, Indah akan kongsikan perihal sahabat-sahabat baru Indah. Hmmm... Baru ke? Dah masuk semester 2 dah ni. Baru ada coretan pasal mereka. Masih berbaki 5 semester untuk kami semua bersuka ria, berjuang bersama-sama menuntut ilmu, cipta kenangan bersma-sama.. Nampak je 5 semester tu macam lama kan, tapi kejap je sebenarnya. Ini pun dah masuk semester 2. Dah nak final pun dik oiii.. Nak masuk sem 3 dah. Tup …