Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2015

Episod 1 - Tarbiyah dari Tuhan.

Imej
Dingin malam mula terasa.
Sedingin rasa yang dipendam oleh Aisyah. Saat itu, dirinya seolah-olah sudah mula berputus asa. Dia juga kurang mengerti. Hampir 3 tahun dia memendam rasa ini. Mengapa setelah begitu lama, kini kedinginan itu menyapa? Mahu dilupakan saja rasa ini. Biarkan ianya berlalu pergi.

Jika sebelum ini, Aisyahlah yang saban hari memujuk hati agar bersabar. Doa dipanjatkan pada Ilahi agar dirinya kuat. Dia cuba sedaya mungkin berusaha menjaga hati. Dia yakin. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Kerana itu, harapan itu dibina sedikit demi sedikit.

Tidak sesekali Aisyah gusar jika harapan yang dibina itu bakal musnah satu hari nanti. Kerana apa? Kerana Aisyah yakin, bilamana dia menjaga dirinya kerana Allah, meninggalkan maksiat, mencari yang terbaik, Allah pasti akan membalasnya juga. Cepat atau lambat. Tidak mengapa. Ini ujian baginya. Diajar dirinya sebegitu.

Namun, malam ini.
Terdetik di hati kecilnya buat melupakan rasa itu.

Aisyah memandang jauh ke luar jend…

Pesan papa :)

Imej
Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah s.w.t.?
Moga semuanya sihat sejahtera dan sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t.

Walaupun esiment masih bertingkat-tingkat, pembentangan masih tak jalan, exam dalam perjalanan, tetap gigih jugak tengah-tengah malam ni menulis di teratak Indah_Tarbiyah ni. Huhu.. Serius rindu nak menulis dan berkongsi ilmu mahupun kisah-kisah kehidupan (pengalaman) Indah dengan kalian. Lepas ni kita nak bahasakan diri sebagai Indah la. Boleh kan? ^_^ Hehe..

Malam ni tekad nak menulis jugak. Sebab ada 'perkongsian' yang cukup penting nak dikongsikan dengan kalian semua. Ha..? Acu cuba teka apa dia! Hehe.. Surprise gitu kan.

Kemarin kami satu keluarga balik kampung. Lama tak balik jumpa ummi gan atuk kat Jeli. So, otw balik kg, dalam kereta tu.. Indah borak-borak la dengan mama & papa. Indah nie memang suka bercerita, apa-apa je yang berlaku kat U pasti akan cerita kat mama gan papa. Ka…