Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2015

#1 Quotes Hamasah

Imej

Murabbi Ummah, Allahyarham Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Imej
Perkhabaran dari~
إن لله ما أخذ وله ما أعطى وكل شيء عنده بأجل مسمى إنا لله وإنا اليه راجعون Dengan izin tuhannya, para malaikat datang menyempurnakan tugas mengiringi ruh ayahanda menuju penciptanya tepat jam 9:40pm pada malam Jumaat yang agung. Semoga ayahanda berbahagia di sisi Allah. Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz Anakanda 12 Februari 2015/23 Rabiul Akhir 1436H
إنا لله وإنا اليه راجعون kalimah yang meniti dibibir kami tatkala mendapat pengkhabaran daripada sahabat handai (orang yang dipercayai) mengenai ketiadaan Tok Guru Nik Aziz. sunyi sepi bilik. semua terdiam. menahan sebak di dada. Murabbi Ummah... yang kami kenali dengan ketinggian keperibadiannya kini kembali kepada Sang Pencipta. Bertemu kekasih hatinya.
Bahagialah dirinya yang sudah menjalankan amanah dari Tuhannya. Istiqamah dalam perjuangannya.
Alhamdulillah... Kaki berjaya melangkah untuk terakhir kalinya berjumpa Sang Murabbi. Walaupun terpaksa mengharungi 'Lautan Manusia' & tidak berpeluang menatap wajahnya, melihat …