Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Episod 1 - Tarbiyah dari Tuhan.

Imej
Dingin malam mula terasa.
Sedingin rasa yang dipendam oleh Aisyah. Saat itu, dirinya seolah-olah sudah mula berputus asa. Dia juga kurang mengerti. Hampir 3 tahun dia memendam rasa ini. Mengapa setelah begitu lama, kini kedinginan itu menyapa? Mahu dilupakan saja rasa ini. Biarkan ianya berlalu pergi.

Jika sebelum ini, Aisyahlah yang saban hari memujuk hati agar bersabar. Doa dipanjatkan pada Ilahi agar dirinya kuat. Dia cuba sedaya mungkin berusaha menjaga hati. Dia yakin. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Kerana itu, harapan itu dibina sedikit demi sedikit.

Tidak sesekali Aisyah gusar jika harapan yang dibina itu bakal musnah satu hari nanti. Kerana apa? Kerana Aisyah yakin, bilamana dia menjaga dirinya kerana Allah, meninggalkan maksiat, mencari yang terbaik, Allah pasti akan membalasnya juga. Cepat atau lambat. Tidak mengapa. Ini ujian baginya. Diajar dirinya sebegitu.

Namun, malam ini.
Terdetik di hati kecilnya buat melupakan rasa itu.

Aisyah memandang jauh ke luar jend…

Pesan papa :)

Imej
Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah s.w.t.?
Moga semuanya sihat sejahtera dan sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t.

Walaupun esiment masih bertingkat-tingkat, pembentangan masih tak jalan, exam dalam perjalanan, tetap gigih jugak tengah-tengah malam ni menulis di teratak Indah_Tarbiyah ni. Huhu.. Serius rindu nak menulis dan berkongsi ilmu mahupun kisah-kisah kehidupan (pengalaman) Indah dengan kalian. Lepas ni kita nak bahasakan diri sebagai Indah la. Boleh kan? ^_^ Hehe..

Malam ni tekad nak menulis jugak. Sebab ada 'perkongsian' yang cukup penting nak dikongsikan dengan kalian semua. Ha..? Acu cuba teka apa dia! Hehe.. Surprise gitu kan.

Kemarin kami satu keluarga balik kampung. Lama tak balik jumpa ummi gan atuk kat Jeli. So, otw balik kg, dalam kereta tu.. Indah borak-borak la dengan mama & papa. Indah nie memang suka bercerita, apa-apa je yang berlaku kat U pasti akan cerita kat mama gan papa. Ka…

SELALU BERSAMA ^-^

Imej
SELALU BERSAMA ^-^
Andai kau rasa Indahnya cinta Kau ingin selalu bersama
Setiap saat Setiap waktu Seakan tidak jemu
Begitulah jiwa Yang kekosongan Iman jangan dipisahkan
Allahumma ahyina bil iman, Allahumma amitsna bil iman, Allahummah syurna bil iman, Wa adkhilnal jannata ma'al iman,
Ya Allah hidupkan kami dengan iman Ya Allah matikan kami dalam iman Ya Allah bangkitkan kami dengan iman Dan masukan ke syurgaMu dengan iman
Saat kau hadir Memberi kekuatan Membakar semangat perjuangan
Jagalah dia Hiasilah dia Agar sentiasa bersedia
Allahumma ahyina bil iman, Allahumma amitsna bil iman, Allahummah syurna bil iman, Wa adkhilnal jannata ma'al iman,
Ya Allah hidupkan kami dengan iman Ya Allah matikan kami dalam iman Ya Allah bangkitkan kami dengan iman Dan masukan ke syurgaMu dengan iman
Terkadang selalu leka dan alpa Itu lumrah manusia Segeralah mohon taubat padaNya Keampunan juga keredhaan

3# Tips Akhowat, Mencari MardotiLlah.

Imej
Assalamualaikum w.b.t.

Bismillah.

Perkongsian untuk kali ini diambil dari apa yg dibincangkn oleh kami sekeluarga.
Biasalah.. masa makan adalah masa yg baik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan kan ^^ Selesai shj makan, papa mama mulakan bicara.

Orang Islam ni kalau bab bersedekah, bagi sumbangan memang laju kan. Sebab tu sekarang dh banyak pondok2 moden. Kejap je dah siap bangunan. Ramai yg menderma. Saya pun mencelah. Betullah tu. Tapi pensyarah along ada bagitahu, silapnya orang kita ni apabila terlepas pandang pada "Rumah Orang-orang Tua". Pada masjid, anak2 yatim, pondok.. itu dah terjaga. Tapi kita lupa pd rumah orang2 tua. Sebab tu sekarang ni sumbangan terbesar bagi rumah orang2 tua dimonopoli oleh orang bukan Islam. ikut kajian & peratusannya memang begitu. Mereka lebih aktif dlm menjaga kebajikan orang2 tua. Papa mnyambung, hmmm... sepatutnya tak timbul rumah panjagaan orang2 tua ni. Bagaimana sebenarnya Islan mendidik kita? Bagaimana boleh timbul isu si ana…

2# Tips Akhowat, Mencari MardotiLlah.

Imej
Bismillah...
Perkongsian seterusnya buat akhowat yang dimuliakan.

Dear Akhowat.
Hati kita ini mudah terusik kan.
Benar @ tidak? Lantas, bagaimana caranya mahu 'Menjaga' & 'Merawat'nya?

Pernah diberi peringatan:
"mata akhowat ini ibaratnya seperti radar. Pasti ada saja sasaran yang akan menepati ciri-ciri kemahuannya. Dikesan melalui radarnya, lantas bawa rasa suka itu ke hati. Terusik." Begitulah kebiasaannya! Sekadar suka, bahkan ada juga yang terlebih suka. Mulalah terbayang-bayang, menganggu ruang minda si akhowat. Membuat dirinya tidak keruan saat bertemu.

Dear akhowat. Ini nasihat buatku & juga dirimu.
1) usahakan yang terbaik buat mengawal radarmu itu.
2) terjaga radar, terjagalah hatimu.

Mudah bukan. Tapi tidaklah semudah saat dipraktikkan. Mujahadah saat ini sangat-sangat memerlukanmu untuk terus qowwiy & bergantung harap pada-Nya.

Andai terusik hatimu & belum tiba waktunya.. Jagalah.
Andai terusik hatimu, mohonlah pada-Nya.. Agar dija…

1# Tips Akhowat, Mencari MardotiLlah.

Assalamualaikum semua.
Lama tak kongsikan sesuatu dengan sahabat-sahabat semua kan..
Ini special gift tau ! Saya 'create' khas buat kalian terutamanya #TeamIndah_Tarbiyah ...
Eh..? Ada team ke...?
Ehehe.. Iyelah.. team 'kite-kite aje'. Siapakah gerangannya?

Jeng... Jeng... Jeng...
Duhai akhowat jameelah.. bingkisan ini khas buat nti ^^
Iye.. nti yang bergelar Muslimah !
In shaa Allah... kita sama-sama usaha buat yang terbaik. Jadi yang terbaik ! Lillah.

Ha..!
Buat 'teamkgsebelah' a.k.a 'teambolasepak'...
Moga apa yang dikongsikan ini juga bermanfaat. Sudah pasti ada antara kalian yang ada adik mahupun kakak kan, kongsikan ilmu ini dengan mereka. Bantulah mereka untuk menjadi yang solehah.. Besar ganjaran pahalanya ! Ingat.. kelak kalian juga akan dipertanggungjawabkan dengan amanah dalam mendidik mereka. Benar kan..?

Selamat Membaca...

1# Tips Akhowat, Mencari MardotiLlah.

Bila dah kerja, walaupun baru 'kerja sementara'.. Kepenatannya tetap teras…

DOA PERLU BERSENI!

via: Dr Abu Anas Madani

Hati kadang tertanya-tanya “mengapakah doaku sukar diluluskan, sedang si fulan itu pula barang dipinta barang diperoleh.” Apa beza aku dan dia? Mulut sama berlidah, jantung sama berhati, tangan sama menadah, tapi doanya seakan “doa kenamaan” mudah sahaja simakbulkan.

Berdoa adalah suatu seni yang wajib diketahui. Seninya merangkumi seni memilih waktu, tempat, cara aturan bahasa dalam berdoa dan sebagainya. Seni doa banyak sekali, namun bicara kali ini akan menyentuh 2 sahaja:

1) Memenuhi syarat Tuhan Yang Memakbulkan Doa dan meyakini penerimaanNya. Ia seumpama memenuhi syarat pihak yang mahu memberikan bantuan. Isilah borangnya, sediakanlah salinan kad pengenalan, salinan sijil dan sebagainya jika mahu permohonan ditimbang. Usah berangan bantuan bakal menjengah pintu rumah jika borang pun tidak diisi. Firman Allah:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْش…

Protector & Cover

Imej
Daughter bought a brand new I phone six. She got a screen protector along and beautiful phone cover as well. She showed her new phone to her dad and the conversation is as follows..
Dad: this is a nice phone. How much did you pay for it?
Daughter: it's 700 dollars for the phone, 20 dollars for the phone cover, 5 dollars for the screen protector.
Dad: oh why did you get the screen protector and the phone cover, you could have saved 25 dollars.
Daughter: dad! I've spent 700 dollars on my phone whats the point if I don't spend 25 dollars for its safety? And more over this cover makes my phone look beautiful.
Dad: is it not an insult to the apple company that it did not make the phone safe enough?
Daughter: no dad! They in fact recommend us to get the screen protector and the phone cover for its safety. And I dint want it to get damaged.
Dad: does it reduce the beauty of the phone?
Daughter: no it doesn't. It makes my phone look more beautiful.
Dad looked at his daughter …

Jalan dakwah, banyak cabangnya.

Imej
Bismillahirrahmanirrahim...

Jalan dakwah, banyak cabangnya.
Pilih saja mengikut minatmu serta kemampuanmu. Ada yang petah berkata-kata, mampu memukau setiap dari mereka yang mendengarnya,  ada juga punya idea mencurah-curah lalu dijadikan ia sebagai tulisan-tulisan yang mampu mengetarkan jiwa pembaca,  ada yang punya keringat gagah ke sana ke mari membantu sedaya yang mampu,  ada yang penuh sakunya lantas dihulurkn kepada mereka yang memerlukan,  ada yang punya waktu dimanfaatkan masanya bersama jiwa-jiwa yang kekosongan.  Begitulah kita sepatutnya!  Menyedari akan kemampuan diri, lalu mengunakan anugerah itu demi kepentingan bersama.
Pesan Murobbi: "Biar letih. Moga keletihan itu akan jadi saksi di sana kelak. Biiznillah.."
Jiwa yang diajar,  dipupuk agar mencintai jalan dakwah,  pasti akan merinduinya walaupun berjauhan cuma seketika.  Moga kita dipilih oleh-Nya utk terus berada pada jalan ini.  Moga inilah pelaburan yang bisa menguntungkan kita, di dunia dan juga akhirat…

'Don't bang the door. Find the 'Key'

SETAHUN BUAT Ph.D TANPA HASIL, DI SINI SAYA MENEMUI RAHSIA 'MAGIK' TERSEBUT: 'SHORT CUT' UNTUK MERAIH KEJAYAAN.
.
Masya Allah, saya benar-benar tak sangka kisah yang saya share baru-baru ini mendapat hampir 1600 shares. Semoga anda yang membacanya mendapat manfaat dan segala kebaikan datangnya dari Tuhan.

Sebenarnya, kalau anda ingin tahu, saya pernah melalui situasi yang sama. Malah lebih parah sebab waktu itu saya stuck dalam kajian Ph.D saya. Sudah setahun berhempas pulas siang dan malam, tapi masih tiada penyelesaian untuk kajian saya itu. Saya menemui jalan buntu. Setiap hari saya risau memikirkan ratusan ribu ringgit yang perlu dibayar balik kepada penaja sekiranya saya gagal mendapatkan Ph.D.

Tapi masha Allah, dari situlah Tuhan mengajar saya rahsia 'mudah berjaya' tersebut. Rahsia bagaimana sesuatu yang sukar boleh jadi mudah, yang impossible jadi possible. Sehingga sekarang saya masih ter-"wow" dengan kehebatan pertolongan Tuhan apabila pemer…

Kisah Ammar dan berus sabut!

Imej
Selepas Hari Raya dua tahun yang sudah, pada bulan September tahun 2013, ketika Ammar sedang bersiap untuk pulang ke Turki menyambung pelajarannya, dia meminta emaknya membelikan sesuatu yang pelik bagiku. Ya! pelik bagiku, kerana yang dipesannya ialah untuk membeli berus sabut dan berus dawai untuk dibawa ke Turki!

Untuk apa Ammar? Jawapnya ringkas, " Untuk cuci tandas ".

Aku bingung seketika! Mengapa ya ? Lazimnya para pelajar luar negara yang akan pulang semula menyambung pelajaran akan membawa pulang sejumlah makanan kegemaran yang tiada diluar negara, membeli pakaian tertentu atau barangan yang hanya ada di Malaysia.

Begitulah yang aku lakukan semasa pulang bercuti tika belajar di Amerika Syarikat dulu.

Setelah Ammar pulang ke RahmatuLlah, kerap aku dan isteri ke Istanbul menziarahi pusaranya dan tiap kesempatan akan menziarahi Madrasah Hayrat Vakfi untuk mengerat silaturrahim dan menggali khazanah Risalah An Nur dari para Hoca yang menjadi guru Ammar.

Akhirnya baru aku…

Doa Qunut Nazilah

Doa Qunut Nazilah
Ya Allah kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka
Ya Allah hancurkan kumpulan mereka Ya Allah pecahkan pakatan mereka Ya Allah leburkan pendirian mereka Ya Allah musnahkan langkah mereka
Cengkamkan anjing-anjing Mu kepada mereka
Ya Allah yang Maha Memaksa Ya Allah yang Maha Perkasa Ya Allah yang Maha Membalas
Ya Allah Yang turunkan kitab Yang gerakkan awan Yang tewaskan tentera ahzab
Kalahkan mereka, Dan kurniakan kemenangan untuk kami.
Ameen Yaa Rabbal 'Alamin.
Sumber : UNIC

Ukhti aku ingin berhijab..

Imej
Bismillahirrahmanirrahim.

"Ukhti aku ingin berhijab, tapi mengapa rasanya susah sekali"
"Ka, aku ingin berhijab tapi harus darimana dulu aku memulainya"
"Ukhti, aku ingin berhijab tapi orang tua tidak mendukung aku buat berhijab"
"Ukhti, aku ingin berhijab tapi aku takut sahabat2ku menjauhiku"
.
Begitu banyak pertanyaan-pertanyaan yg mereka lontarkan. Namun, saya kagum dengan mereka karena dalam hati mereka punya keinginan untuk berhijab.
.
Ukhtiku, jangan takut pada apapun atau pada siapapun untuk berhijab. Namun, takutlah pada Allah. Perbaiki niat, luruskan niat hanya untuk mencari Ridha Allah bukan yg lain. InsyaAllah segala sesuatunya akan dimudahkan olehNya Aamiin.
.
Ukhti, ketika dalam hatimu ada keinginan untuk berhijab. Maka pakailah hijab itu, karena mungkin itu adalah sebuah hidayah dariNya untukmu. Maka janganlah untuk menolak atau menjauhi hidayah itu. Namun, kejar & raihlah hidayah itu. Bismillah sayang...
Luruskan niat, perbaik…

Hidup Berpersatuan, Jangan Jadi Fitnah Padanya!

Bismillahirrahmanirrahim.

Masa di tingkatan 4 & 5, saya gagal untuk bahagikan masa study dengan masa bermain dan lain-lain kerja.. Ter'over' seronok dengan kerja lain sampai, kurang masa untuk study. Last minute baru terkejar-kejar.

Masa di kampus, juga terlibat dengan gerak kerja berpersatuan. Parents pun naik risau takut saya tertinggal pelajaran. Tapi.. Alhamdulillah.. Sepanjang berpersatuan, saya & sahabat sahabiah sering kali diingatkan agar tidak mengabaikan pelajaran kami di samping aktif berpersatuan. Kami diingatkan agar tidak menjadi 'fitnah' kepada persatuan.

Sibuk berpersatuan hinggakan pelajaran terabai.. Nak salah persatuan ke? Tidak.. Kesalahan itu ditanggung oleh individu itu sendiri. Kerana dia sendiri kurang ambil cakna akan masanya, tanggungjawabnya.

Tipu kalau kata tak stress..! Sebelum berpersatuan, ada masa naik library, ada masa balik bilik, ada masa study dengan kawan-kawan.. Tapi bila dah berpersatuan, terkadang kurang masa & masa y…

'Pengemudi Bahtera Cinta'

Imej
Bismillahirrahmanirrahim.

Duhai Mujahidah... Jagalah rasa, Tanam, baja dan semailah ia dengan izin-Nya, Bukan mudah memandu rasa, Ikutilah manual cinta-Nya, Pasti dirimu kuat, tabah, Menanti saatnya tiba.
Jika benar rasa itu, Jangan risau, Biar masa berlalu pergi, Biar hari silih berganti, Biar jarak memisahkan diri, Dia kan pemilik hati, Panjatkan doa pada-Nya, Pasti terusik jua hatinya di sana.
Usah difikir, Bila saatnya kunjung tiba, Didiklah rasa, Ini masanya buat bersedia, Kelak saat bersama itu, Bukan hanya perlukan rasa, Bahkan ilmu sebagai panduan, Cukupkan bekalan, Itulah senjata ampuh bahtera.
Duhai Mujahidah... Dirimu mengerti beratnya akan penantian, Dek rasa yang terpendam, Namun, percayalah... Bahagia yang diimpikan, Bukanlah sementara, Hakikatnya bahagia hingga ke syurga, Kerana itu, Biar pengorbanan ini jadi saksi, Kau telah pun berusaha, Memimpin rasa demi reda-Nya.
Senyumlah :) Walaupun belum pasti, Apakah takdir yang bakal kau miliki, Dirimu telah pun menang, Tiada…

Tiga Golongan Manusia

Imej
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.

Kali ini, saya akan bawa sahabat-sahabat semua mengenali golongan-golongan manusia yang wujud di sekeliling kita.

Dalam dunia ini, ada tiga golongan manusia:

i. Golongan Yang Hidup Untuk Dunia Sahaja.
Ianya dikenali sebagai golongan kebendaan (materialis), samada berdasarkan falsafah mahupun golongan 'Dahriyyin'. Pandangan Dahriyyin ini dijelaskan oleh Al-Quran seperti berikut:

{29} وَقَالُوا إِنْ هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا وَمَا نَحْنُ بِمَبْعُوثِينَ "Dan tentulah mereka akan berkata pula: Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula sesudah kita mati."
(Surah Al-An'am 6: ayat 29)
Allah berfirman:

{24} وَقَالُوا مَا هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِكُنَا إِلَّا الدَّهْرُ وَمَا لَهُمْ بِذَلِكَ مِنْ عِلْمٍ إِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ "Dan mereka berkata: Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia in…

Duhai Gadis...

Imej
Bismillah...
Assalamualaikum w.b.t.

Apabila diamati,
hebatnya penangan novel-novel cinta pada masa kini!
Makin 'layu' anak-anak gadis dibuatnya...
Ah... mengapa pulak? Salah ke kalau baca?
Tidak salah membaca novel sebegitu. Tapi... ada hadnya.
Bilamana dah fanatik.. Novel yang beratus-ratus m/s sanggup dihabiskan dalam masa sehari sahaja. Allahurabbi. Ruginya. Ruginya.
Masa yang ada hilang begitu sahaja. Panggilan ibumu di dapur, teriakan adikmu, sudah tak dihiraukan. Baca novel dengan tolong mak? Mana yang aula (perlu didahulukan)?
Terlampau sibuk dengan novel, kononnya nak menghayati jalan cerita...
Alangkah bagusnya bila time study pun, boleh khusyuk macam tu. Ini terbalik! Baca novel bagai nak rak, tapi study malas! Apa nak jadi...?


Duhai gadis,
itu hanyalah novel, hanyalah cerita rekaan walaupun terkadang terselit cerita benar yang diambil dari pengalaman si penulis, kebanyakannya hanyalah rekaan..
baca saja tak mengapa. Tapi... bila dirimu sendiri 'berangan-angan'…

Secebis kisah kehidupan...

Imej
Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Segala Puji Bagi Allah.
Masih diberikan peluang untuk berkongsi sedikit kisah kehidupan dengan sahabat-sahabat di #blogkeindahantarbiyah.
Menyepi dek kerana kesibukan memenuhi kewajipan sebagai seorang mahasiswa sekaligus masa yang ada amat terhad sehingga saya tidak mampu untuk berkongsi di sini. Maaf atas segala kekurangan.

Ok.
untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua, Alhamdulillah, semester akhir saya telah pun berakhir! Sekarang saya sedang menanti keputusan peperiksaan akhir dan saya amat amat berharap agar saya dan sahabat-sahabat seperjuangan yang lainnya mampu bergraduasi dengan cemerlangnya nanti ^_^
Mohon tembakan doa dari sahabat-sahabat semua...

Dan seperti yang dijanjikan sebelum ini, saya akan kongsikan sedikit kisah saya bersama sahabat-sahabat seperjuangan di KIAS sebelum ini yakni sahabat-sahabat pimpinan, Persatuan Mahasiswa Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan.

Sebelum ini saya ada ceritakan sedikit b…