Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

Aku Bukan Suparmen

Imej
by: Aku Bukan Suparmen
Kata-kata Syeikh Abdul Wahab Azam: "Ajarlah jiwamu untuk terbang tinggi, nescaya ia benci sesuatu yang remeh. Ajarlah jiwamu erti kemuliaan agar ia benci kehinaan. Berilah peluang jiwamu merasai kelazatan rohani yang agung, necsaya ia bencikan kelazatan kecil yang sementara."
Maka cita-cita tertinggi kita, tidak lain tidak bukan ialah mahukan mati syahid dan menggapai syurga Firdausi.

Diceritakan Dr. Amar Khaled di dalam bukunya mengenai seorang pemuda yang datang berjumpa Saidina Ali lalu berkata: " Aku khuatir yang terjadi di seluruh negeri Muslim adalah kerana dosa-dosaku." Aku terkejut ! Aku merenung ! Benar apa yang dikatakan oleh pemuda itu. Tidak ramai yang mengerti akan hakikat ini. Sesungguhnya bencana turun kerana maksiat & lenyap kerana taubat. (Saidina Ali r.a)

Ummat sedang lemas, tegarkah pemuda membiarkan nasib mereka begitu?

*** Sedikit petikan daripada buku "Aku Bukan Suparmen" karya Asyraf Farique. Banyak input…

Niat baik, Allah s.w.t Pasti Permudahkan !

Imej
#throwback

Alhamdulillah...
Sekali lagi Allah beri peluang untuk melihat kebesaran aturan-Nya.
Mase tengah berbincang dengan Bintu Jaafar berkaitan program falak (PCB'14), tiba-tiba datang seorang hamba Allah bertanyakan pada kami, kat mana dia boleh cari seorang kakak yang boleh tolong dia untuk tasmi' Al-Quran. Mula-mula kami memang terkejut dengan soalan tu. Tapi bila melihat kepada kesungguhan dan gelagatnye... Saye tersenyum. Akhirnye, Allah ketemukan dia dengan orang yang tepat. InsyaAllah... Mudah-mudahan.

Dia bukanlah pelajar Kias (tempat saya belajar). Umurnya masih muda. Boleh dikatakan adik kami. Pelajar STAM. Dia tak kenal sesiapa pun di bumi Kias. Tapi dia datang bersama kawannya ke mari dengan niat hanyalah satu ! Mencari seseorang yang boleh menolongnya berkaitan Al-Quran, kitab Allah. Di sekolah, dia tekad nak masuk kelab tahfiz. Nak masuk kelab tu mesti ingat 7 surah. Dia ada sebutkan surah-surah tu. Kalau siapa tak ingat, kena reject dengan ustaz. Dalam masa …

#sayamahusentuhalquran

Imej
by: Tarbiah Sentap
BERITA SENTAP!
KEMPEN SAYA MAHU SENTUH ALQURAN!!! by: http://www.tarbiahsentap.com/
Hari ini, dengan rasminya, kami dari team Tarbiah Sentap mengumumkan, Kempen “Saya Mahu Sentuh Alquran” bermula dari 21 oktober 2014 sehinggalah 30 november 2014!!

Objektif??

1) Menghidupkan suasana CINTA alquran di kalangan masyarakat Malaysia.
2) Memberi semangat kepada masyarakat islam Malaysia yang tidak pandai membaca Alquran untuk segera belajar Alquran tanpa rasa malu.
3) Mengembalikan cara hidup dan cara fikir islam berlandaskan Alquran.
4) Mendekatkan masyarakat non muslim dengan Alquran.

Ingin menjadi sukarelawan dan team program, dan masuk dalam group telegram Tarbiah Sentap? Isi di sini!:

LELAKI, isi di sini: http://goo.gl/forms/ng6yj0vRuu
PEREMPUAN, isi di sini: http://goo.gl/forms/NTqTbcR5Fd

Bagi menghidupkan kempen ini, kami akan mengadakan beberap program:

PERTANDINGAN

Kami akan menganjurkan pertandingan DESIGN POSTER bertemakan “sayamahusentuhalquran" !!

Pemenang…

Ziarah Bumi Wakafan, Bumi SHAMS

Imej
Alhamdulillah...  3/10/2014 bersamaan 7 Zulhijjah 1435H. Kembali ke bumi wakafan, bumi Shams yang dicintai pagi tadi.

*bangunan pentadbiran & akademik

*surau sekolah & laluan menuju ke asrama
Bertemu murabbi-murabbi ummah.  Mereka bukan sekadar berkongsi ilmu, terselit pentarbiyahan yang merupakan bonus berganda-ganda kepada anak didik.  Setiap kali pertemuan, pasti tidak akan kembali dengan tangan kosong !  *pasti ada kata-kata dorongan, nasihat & doa dari mereka Jazakumullahu khairan kathira cg2, ustaz2, ustazah2 :D

*** Segan sebenarnya... Mula-mula sampai sekolah, terus pergi ke koperasi sekolah.  Satu-satunya tempat di mana saya menjalankan tugas sebagai pengawas koperasi sekolah
&
 juga tempat lepak dari zaman sekolah sampailah kini. *hari nie kira langkah kanan. koperasi adakan jamuan raya.  kata kak ton, raya puasa tak sempat buat. terus pada raya haji.
Bertemu adik-adik junior, barisan seperjuangan dalam
Badan Pengawas Koperasi SHAMS. Eh.. kak fatin ! Kak fati…