Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2014

Kisah Saudara SeIslam & SeAkidah

Imej
Bismillah. Assalamualaikum w.b.t. 
Salam ukhuwwah & Salam Mahabbah buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah s.w.t. Apa khabar sahabat? Moga dalam jagaan-Nya selalu.
Kali ini saya hadir bagi mengingatkan kalian mengenai isu ummah yang "masih" panas dibicarakan ketika ini. Kenapa saya menggunakan perkataan "masih"? Kerana dari pemerhatian saya, hamba yang hina ini, sebenarnya isu berkaitan ummah tidak pernah selesai. Cuma, ianya bergantung pada keprihatinan & kecaknaan kita selaku saudara seIslam. Kebanyakan kita bilamana kedengaran berita mengenai saudara-saudara kita di sana, barulah kita bersuara. Jika tiada berita, maka kita juga sepi tidak bersuara. Jika diikutkan sebenarnya, mereka di sana sentiasa diuji & menjadi bahan mainan/boneka musuh-musuh Islam yang sentiasa dahagakan darah umat Islam. Lihatlah dengan apa yang berlaku di Syria, Gaza, Mesir, Rohingya, Burma, Iraq, Thailand, Kemboja, Afghanistan, Somalia. Saudara-saudara seIslam dan sea…