Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

'Kasih Sayang Itu Dakwah'

Imej
Bismillahirrahmanirrahim... Kaifahalukum ya akhi wa ukht? Moga terus kuat & sabar dlm mengharungi liku2 hidup yg mendatang...InsyaAllah =)

Teringat saye tentang satu kata2 yg saya petik dr buku "Maza Ya'ni Intima' Lil-Islam" (Apa ertinya saya menganut Islam) nukilan Syeikh Fathi Yakan iaitu "Allah s.w.t tlh membersihkn 0rang2 mukmin dari tujuan2 hidup yg salah dgn memberikn tanggungjawab & kewajipan yang tinggi lagi mulia. Tanggungjawab tersebut ialah menunjukkn kebenaran Islam kepada manusia. Mengajak manusia seluruhnya kepada kebajikan dan menyinarkan seluruh alam ini dgn cahaya Islam.

Subhanallah...Betapa Allah itu bersifat pengasih & penyayang!!! Tidak sia2 apa shj yg ditentukn olehNya bahkan apa yg ditentukanNya itulah yg mendatang manfaat buat hamba2Nya iaitu kita. Mengajak orang di sekeliling kepada dakwah!

Dengan izin-Nya, semalam saya berkesempatan buat mengikuti Siaran Langsung di tv AlHijrah tentang program Pentas Dakwah dari tapak Karni…

Imam Hambali III

Imej
 DASAR-DASAR MAZHAB IMAM HAMBALI Diatas telah dihuraikan tentang dasar-dasr hukum yang diambil atau yang dipergunakan oleh Imam Hambali. Maka sekadar untuk menambah huraian diatas, perlu dihuraikan juga tentang ”dasar-dasar mazhab Imam Hambali”, sekalipun dengan singkat. Dasar-dasar mazhab Imam Hambali yang sesungguhnya ialah :-

1. Nash dari Quran dan sunnah (hadis yang sahih). Yakni apabila beliau telah mendapati suatu nash dari kitab ALLAH (Quran) atau dari jalan sunnah Rasullullah s.a.w (hadis sahih) maka beliau dalam menetapkan hukum adalah dengan nash itu,lain tidak! Walaupun andai kata ada didapati keterangan atau fatwa dari para sahabat Nabi yang menyalahi akan nash itu, beliau tidaklah akan menghiraukannya.

2. Fatwa para sahabat Nabi. Yakni, apabila beliau tidak mendapati suatu nash yang terang, baik dari Quran mahupun dari sunnah (hadis sahih), maka barulah mempergunakan atau menetapkan dengan fatwa-fatwa yang pernah beliau ketahui dari para sahabat nabi dengan sepakat (tidak ada…

Imam Hambali IV

Imej
SIFAT-SIFAT DAN BUDI PEKERTI IMAM HAMBALI Beliau adalah seorang yang bertubuh sedang dan bermuka bagus, berambut agak ke merah-merahan, setelah lanjut usianya, biasa mencelup rambutnya dengan pacar kuning dan janggutnya tidak begitubanyak rambutnya.

Beliau seorang pendiam, tidak suka banyak berbicara, menghormati orang, suka merendah diri, tidak sombong, lemah lembut, suka kepada kebersihan dan sukakepada yang baik. Beliau juga seorang yang muka sentiasa kelihatan gembira, jika berjumpa dengan orang sangat peramah, suaraunya tidak begitu lunak dan tidak begitu keras, sangat pemalu, banyak menundukkan kepala dan memejamkan mata apabila melihat sesuatu yangdilarang oleh agama, suka menjauhkan diri dari perbuatan yang tidakakan ada guna, tida suka mendengar perkataan keji dan tabah hati. Antara budi pekerti beliau adalah, apabila berjalan dan ada yang mengikut berjalan dibelakangnya beliau akan mengajak supayaberjalan bersamanya, tidak suka memanjangkan kaki dimuka pertemuan banyak orang , …

Imam Hambali II

Imej
 HADIS-HADIS YANG DIHIMPUN DAN DISUSUN OLEH IMAM HAMBALI Di atas telah kami huraikan, bahawa Imam Hambali menuntut dan mempelajari hadis-hadis Nabi s.a.w adalah sejak 16 tahun, dan selepas itu beliau sentiasa mencari, menuntut mempelajari dam menghafal hadis-hadis dengan rajin-serajinnya, sehingga ketika menjadi seorang alim besar dapat hafal di luar kepala sebanyak 1000 000 (sejuta) hadis, sebagaimana pernah dikatakan oleh Imam Abu Zur’ah. Perlu dijelaskan pula bahawa Imam Hambali semenjak tahun179 atau 180 Hijrah, yakni semenjak mempelajari dan menuntut hadis-hadis Nabi s.a.w dari satu demi satu, beliau mencatat, menghimpun dan menyusunnya. Selanjutnya hadis yang telah dihimpun dan disusunnya tadi diterbitkan dengan nama-nama sahabat Nabi yang meriwayatkannya satu persatu. Contohnya, hadis-hadis yang diriwayatkan dari sahabat Abu Bakar Ash-Sidiq, yang telah didengar dan diterima oleh beliau dengan perantaraan orang-orang yang beliau pandang kepercayaan, semuanya lalu dihimpun menjadi …