Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2013

Ahmad Ammar Ahmad Azam

Imej
Bismillah... Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Ingin ku kongsikan dengan kalian kisah ini. Bukan sebarang kisah ! Tapi kisah penuh pedoman dari seorang pemuda yang telah pun kembali menemui Sang Penciptanya, Allah swt iaitu Ahmad Ammar Ahmad Azam. Saya sendiri tahu akan kisah mengenainya dari fb. Itupun setelah beberapa minggu kemalangan yg menimpanya. Namun, tanpa pernah bersua muka serta mengenali hati budinya... kisahnya sudah cukup menggambarkan keperibadian insan ataupun permata Islam ini.
Setiap kali saya membaca buku-buku sejarah berkenaan sahabat-sahabat Rasulullah, serikandi-serikandi Islam serta tokoh-tokoh Islam yang terdahulu, mesti akan terlintas di fikiran saya, "masih wujudkah insan-insan yg punya keperibadian seperti mereka?" Allahurabbi... bila terbaca kisah Ahmad Ammar, saya sedar bahwa insan-insan seperti itu bisa wujud tidak kira di mana dan bila sekalipun ! 
Dia hanyalah seorang pemuda. Tuanya setahun sahaja dari diri ini. Tapi…

Sakit hati ! Maafkanlah...

Imej
Bismillah...

Langsir merah itu beralun-alun lembut...
Datang bersama buaian angin yang membuatkan aku sendiri terbuai...
Mataku terarah pada tumbuhan hijau di luar tingkap...
Walaupun angin menyapa. tumbuhan itu tidak membalas sapaanya ! Daun itu tidak bergerak! Aneh...
Mungkin tersalah lihat...
Lalu,
ku lihat kembali...
Eh... bergerak rupanya! Tapi, gerakan daun itu perlahan amat.

***

Fuuuhhhhhhhhhh.....
Hembusan ini belum menenangkan hatiku !
Hati ini masih berperang ! Kesakitan masih cuba dirawat.
Kuhirup udara itu dan dengan perlahan-lahan ku cuba lepaskan....
Aku lepaskan dengan bunyi lisanku.
Subhanallah ! Alhamdulillah ! Allahuakbar !
Lain rasanya. Sedikit terkesan dengan nafasku. Rasa ianya bermakna.
Tapi,,, dengan tiba-tiba aku teringat kembali. Tersentap kembali.

Aduhhhh...
Hati ini sakit bila mengenangkan hirisan-hirisan yang dilakukan oleh mereka-mereka itu...
Bila difikirkan... Kadang-kadang mereka sendiri tidak sengaja ataupun boleh jadi mereka sendiri tidak tahu perb…