Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2013

Man Jadda Wajada!

Imej
Bismillahirrahmanirrahim...

Sesiapa yang berusaha, dia berjaya!  Fokusnya adalah pada usaha.  Jika tidak berusaha maka bagaimana bisa berjaya kan.
Satu hari, di dalam kelas, Ustazah Sles, pensyarah Aqidah saya ada bertanyakan soalan kepada saya & kawan-kawan. Ianya wajib dijawab. Soalannya, "Apabila seseorang berkata kepada kamu bahawa dia telah ditakdirkan oleh Allah untuk hidup dengan berbuat jahat dan selama-lamnya akan begitu, apa yang kamu akan jelaskan kepadanya bagi memperbaiki & memahamkan kepadanya akan tujuan penciptaan manusia yang sebenarnya?"

Subhanallah... buat pertama kalinya kami diajarkan supaya menyelesaikan persoalan yang sebegitu. Kami tidak dibenarkan menjawabnya terus, bahkan kami diminta supaya berfikir & memastikan jawapan yang bakal diberikan nanti benar-benar mampu memahamkan 'si dia' itu supaya kembali pada ajaran Islam yang sebenarnya.

Memandangkan saya sendiri masih mentah dalam menyelesaikan persoalan sebegini, lalu langkah …

☆☆ミ Cinta Sahabat ☆☆ミ

Imej
Bismillah... Abu Darda' ialah seorang sahabat Nabi yang terkenal. Beliau menetap di Damsyik untuk mengajar ilmu Allah hingga ke akhir hayatnya. Kerana akhlaknya yang mulia, beliau sangat disayangi penduduk Damsyik. Sahabat dan murid-muridnya sangat ramai.

Isterinya menceritakan: "Abu Darda' memiliki 360 orang sahabat karib yang sangat dicintainya. Beliau selalu berdoa untuk mereka di dalam solat."

Isterinya pernah bertanya: "Mengapa engkau selalu mendoakan mereka?" Abu Darda' menjawab: "Setiap kali seorang Muslim mendoakan saudaranya dengan satu kebaikan, maka dua orang malaikat segera membalas: Semoga engkau mendapat kebaikan seperti itu juga." "Tidakkah aku ingin agar selalu didoakan oleh malaikat?" kata Abu Darda' lagi.
(Siyar A'lam al-Nubala)

# Pengajarannya --> Mendoakan sahabat handai dan rakan taulan merupakan satu perbuatan mulia. Perbuatan ini juga bukan hanya bermanfaat untuk orang yang didoakan, malah…

Keep Moving Brothers & Sisters...

Imej
Alhamdulillah...
Beginilah kehidupan. Kekadang itu, kita tidak perlu melakukan kesalahan dan selepas itu baru ingin ambil pengajaran. Melalui kesalahan orang lain juga mampu kita ambil pengajaran dan tanamkan dalam diri bahwa kita tidak akan mengulangi kesilapan yang mereka lakukan.

Setiap perjalanan kehidupan mesti penuh onak dan duri. Kehidupan kita tidak dihamparkan dengan karpet permaidani yang indah. Jalannya penuh liku... Walaupun perlu berhenti seketika, jangan cepat futur! Teruskan langkahmu duhai diri. Derapan kaki itu mesti digagahkan buat menuju destinasinya. Rugi bukan kalau langkah dah dimulai, tapi berhenti ditengah jalan pula. Aduh...... Tersangatlah rugi.

Tanamkan dalam diri dan jauh ke lubuk hatimu!!! Aku kuat. Aku boleh. Aku mampu. Jalan dah tersedia didepanku. Cuma perlu aku sahaja untuk melangkah pergi...

Biarlah dimulai dengan Bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah ^_^
Semoga setiap langkah itu diredai Allah dan semoga segala penat itu bisa membuahkan has…

Jatuh Bangun!

Imej
Bismillah...
Duhai Tuhanku
Jatuh bangun ku menghamba Mu
Kadang cinta kadang ku melupa
Tegaku menyiksa hidup sendiri

Duhai Tuhanku
Untuk yang kesekian kali
Ku bersujud meminta kembali
Hati yang dipijar indah cinta Mu

Tuhan... aku tanpa Mu
Hidupku menderita
Sunyi hati kelam jiwa
Bagai terpenjara

Tuhan... biarkan kini
Aku dalam rahmat Mu
Meski jatuh dan terbangun
Ku tetap bertahan

Ku tetap bertahan...
Astaghfirullah... Saat aku berada di atas & mampu berdiri sendiri, aku mula melupakan Dia. Mula sibuk akan perihal dunia, sibuk mencari kasih manusia, sibuk fikirkan pandangan manusia, sibuk mengejar harta dunia, sibuk hingga aku biarkan diriku yang 'lemah' itu terus dihanyutkan oleh semua perkara sehingga sampai satu saat, ketika aku mula kehilangan perkara-perkara tersebut, aku mula rasa kehilangan! Jiwa aku sunyi! Kosong! Dadaku sesak & fikiranku buntu! 
Hinggalah aku merasakan bahawa aku mesti mencari 'sesuatu' yang bisa menghilangkan segala rasa tersebut. Namun…