Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

alFarasyah Solehah ~

Imej
Bismillah...
Alunan ayat-ayat suci al-quran dari Masjid kg. Laut kedengaran di telingaku. "Allahuakbar..." Itu suara si Imam yg tengah mengetuai solat Isyak. Indah rasanya bila hidup dikelilingi orang-orang yg mampu membuatkan diri untuk sentiasa mengingatiNya...

***
Mungkin semalam diri ini mampu menahan sebak di hati... Namun, bicara si alFarasyah Solehah membuatkan diri ini tidak mampu lagi untuk menahan. Tipu jika saya katakan saya tidak rindu. LilLahi...Saya merindui alFarasyah Solehah itu!

Minggu ini perihal 'alFarasyah Solehah' sahaja yg bermain di benak fikiran ini. Kebetulan saya turut menerima pertanyaan dari seorang hamba Allah tentang;
1) adakah AlFarasyah Solehah dinisbahkan kepada perempuan sahaja?
2) kenapa dan mengapa dinisbahkan kepada AlFarasyah(rama-rama)?
3) Apa kaitan antara rama2 dan perempuan?

Saya cuba menjawab pertanyaannya sebagaimana yg saya fahami selama ini...
1)Mungkin sahaja ianya lebih sinonim kpd perempuan. 2)Wanita solehah tidak akan…

Notes "Ramadan"

Assalamualaikum...
apa khabar sahabat-sahabat FiLah yg dikasihi? sihat? bagaimana keadaan imanmu hari ini, baik? Alhamdulillah... jika terasa ragu-ragu, perbanyakkanlah istighfar. Mohon perlindungan dariNya semoga Dia membantu kita hamba-hambaNya yg lemah ini dalam menjaga iman kita daripada tipu daya serta hasutan nafsu dan syaitan.

Lama rasanya saya tidak coretkan 'warkah cinta saya buat kalian'... bukannya tidak mahu, namun kesibukan dlm melaksanakan tanggungjawab yg lebih penting di kolej memerlukan saya utk 'senyap' dari teratak ini buat seketika.
Notes "Ramadan" ini bukanlah nukilan dr saya, tapi saya harapkan moga-moga ianya mampu memberi peringatan, kesedaran dan juga ilmu buat kita terutamanya kepada akh0wat (perempuan) dalam menangani masalah yg mereka sering kali hadapi ketika bulan Ramadan. Bagi muslimin pula, dalam notes ini diselitkan amalan-amalan yg boleh dilaksanakan sepanjang bulan yang mulia itu demi memantapkan iman serta mendekatkan diri …