HAKIKAT UKHUWWAH ISLAMIYAH!

Bismillahirrahmanirrahim...
buat sahabat2 yg disayangi, apa khabar kalian hari nie? Bagaimana iman di hati? Jasadnya pula bertambah sihatkah?
walau apapun keadaan kalian ketika ini...saye d0akan moga kalian semua dalam lindunganNya sentiasa.InsyaAllah...
Jika kesihatan badan yg diberikan 0lehNya maka bersyukurlah & ucapkanlah Alhamdulillah. Namun,jika diri diuji maka kuatkanlah diri & minta pert0longan serta bersangka baik dgnNya sentiasa. 'Allah tidak akan membebankan hamba2Nya melainkan hamba2Nya itu mampu memikul bebanan tersebut'...He knows! Believe it...
Ape2pn anggaplah pesananku 'sprt di atas' sebagai tanda diri ini menyayangi kalian sebagai sahabat! Dah namenye sahabatkn,mesti sentiasa berpesan2 kn. Baru timbulnya semangat 'ukhuwwah' & mahabbah n_n
Kawan, teman, rakan dan sahabat...Apa yg terkandung dlm keempat-empat hubungan itu??? Ukhuwah...Ya! Itulah ikatan yg wujud. Namun, bagi sesetengah org, mereka hanya mnganggap ikatan itu cume perkara biasa & tiada makna yg istimewa. Jadi, bagaimana untk kita jadikn ikatan ukhuwah itu sebagai sesuatu yg bermakna dan bermanfaat bagi semua???
emmm....bagi saye kita mampu mngubah ukhuwah itu mnjadi 'special' dgn mnjadiknnya 'ukhuwah Islamiyah' iaitu berukhuwah kerana Allah, berukhuwah untk ke syurga bersama2 & bukannya untk kepentingan diri semata2!
Ukhuwah islamiyah ialah suatu ikatan yg mempunyai ciri2 berikut iaitu :

-merupakan nikmat Allah SWT
"Dan berpeganglah kamu semuanya kpd tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yg bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadaNya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk." (surah Ali Imran: 103)
-umpama tali tasbih yg hanya diikat dengan taqwa

"Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yg lain kecuali orang-orang yang bertaqwa." (surah Az Zukhruf: 67)


-merupakan kehendak Rabbani
"Dan yg mempersatukan hati mereka (orang-orang yg beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yg berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukn hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana." (surah Al Anfal: 53)
-merupakan cermin kekuatan iman
"Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Maka, damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat."
(surah Al Hujuraat: 10)
Berkenaan dgn usaha peningkatan UKHUWAH ISLAMIYAH ini, adalah sesuatu yg munasabah untk kita meneliti tahap2 yg pernah ditempuh oleh Rasulullah saw dan para sahabat dan selayaknya untk dijadikan sebagai asas untk kita berpijak dalam membina ukhuwah walau di manapun kita berada.
Sebelum terciptanya Ukhuwah Islamiyah yg benar2 kuat & utuh, 4 tahap mesti dilalui terlebih dahulu iaitu :

1# TAHAP SALING KENAL MENGENAL (TA'ARUF)
Dalam tahap ini, se0rg muslim tidak hanya mengenal begitu shj saudaranya, namun ia seharusnya pergi lebih jauh dan mencuba untk mengenali penampilan saudaranya, sifat2 (syakhsiyah) saudaranya dan pemikiran saudaranya. Pengenalan dalam tahap ini mencakupi aspek 'jasadi' (fizikal), 'fikri' (pemikiran) & 'nafsi' (kejiwaan)...
Allah SWT berfirman:
"Wahai manusia! Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki2 dan seorang perempuan, dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu mengenal antara satu sama lain. Sesungguhnya yg paling mulia di antara kamu dalam pandangan Allah ialah yg lebih bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Tahu dan Mengerti." (surah Al Hujurat:13)

2# TAHAP SALING MEMAHAMI (TAAFAHUM)
Ini merupakan tahap yg penting kerana ia mencakupi berbagai proses penyatuan. Pada tahap ini setiap muslim dituntut untk memahami:
-kebiasaan saudaranya
-kesukaan saudaranya
-karakter saudaranya
-ciri khas saudaranya
-cara berfikir saudaranya
Dengan yg demikian, perasaan2 sprti 'tdk enak', 'tdk sesuai' & sebagainya dpt dihapuskn dlm rangka saling menasihati.

3# TAHAP SALING TOLONG-MEN0LONG (TA'AWUN)
Saling mengenal semata2 tanpa diteruskn dengan saling memahami tdk akan mampu membentuk hubungan antara individu yg mampu tolong-menolong, saling isi-mengisi dgn kekurangan dan kelebihan yg terdapat pd setiap individu.

4# TAHAP SALING MEMIKUL BEBANAN (TAKAFUL)
Tahap ini merupakn mercu dr proses ukhuwah islamiyah iaitu terletak pd timbulnya rasa senasib meliputi suka mahupun duka dlm setiap langkah kerja. Apabila thp takaaful ini wujud, maka ikatan ukhuwah pun terbentuk dgn lbih kukuh. Dari rangkuman di atas, kita dpt lihat bahwa usaha penyatuan peribadi2 muslim dlm suatu amal islami adalah merupakan perbuatan yg sia2 jika tidak dimulai dgn tahapan dan pr0ses yg tlh disebutkn itu.
Allah SWT memerintahkn kpd kita:
"...Dan tolong-menolonglah kamu dlm mengerjakan kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong dlm mengerjakn dosa dan pelanggaran hukum..." (surah Al Maidah: 2)
Marilah kita merenung diri kita sebentar dgn firman Allah SWT:
"Hanyalah orang-orang beriman yg memiliki ukhuwah". (surah Al Hujurat: 10)
Bahawasanya ukhuwah yg benar adalah apabila kita bersahabat adalah kerana Allah bukannya atas kepentingan tertentu. Pada masa kini, ramai yg bersahabat tetapi ianya bertujuan demi mencapai matlamat2 tertentu, seperti contoh demi kepentingan harta benda, pengaruh dan sebagainya.
Sahabat2 sekalian...
Nabi saw bersabda:
"Seorang muslim adalah saudara dengan muslim lainnya,tidak boleh menzaliminya,tidak membiarkannya,tidak merendahkannya dan menghinakannya." (Muttafaqun alaih)
Oleh itu sahabat2 yg dikasihi,
dalam persahabatan janganlah kita saling dengki-mendengki, benci-membenci, maka lahirlah dlm jiwa kita sifat yg penuh kasih sayang terhadap sahabat2 kita. Berilah senyuman yg penuh ikhlas kerana itu adalah ibadah malah mendapat pahala lagi.
Wallahua'lam....

RESIPI C!NTA DALAM PERSAHABATAN!!!
Bersahabat Kerana Ilahi...

0 comments:

Catat Ulasan

Jejak..


Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?

Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,

Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?

Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.

Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.

Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

DUNIA Tempat Persinggahan KITA!

Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan keta
qwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.


Warkah Perjuangan!

"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]


Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”

Jiran Tetangga..