Nilai TARBIYAH...

Sebenarnya bernilai atau tidak sesuatu pentarbiyahan itu hanya bergantung kepada mad'u (orang yang ditarbiyah). Dia sahaja yang mampu menjawab sama ada pr0ses pentarbiyahan yang dia lalui telah membawa dia kepada landasan yang benar ataupun tidak! Jika ianya berkesan, Alhamdulillah...Itu tandanya dia telah mampu memujuk hatinya untuk belajar menerima suatu perubahan yang pada awalnya mungkin sesuatu yang asing, namun dia tidak perlu khuatir kerna situasi itu pasti akan berlaku pada awal perubahan seseorang.
Tetapi, jika pr0ses pentarbiyahan itu tidak membawa sebarang perubahan pada dirinya & dia masih di tampuk yang lama, itu situasi yang perlu dibimbangkan. Hanya ada dua kemungkinan sahaja mengapa situasi itu berlaku :
  1. Mungkin input atau ilmu yang cuba disampaikan oleh murabbi semasa pr0ses pentarbiyahan tidak dapat difahami oleh dirinya, tidak sesuai dengan masalah yang dialaminya dan sebagainya...
  2. Mungkin juga situasi itu berpunca dari dirinya sendiri yang tidak mahu menerima input yang diberikan & telah menutup pintu hati serta pemikirannya awal2 lagi sebelum pr0ses pentarbiyahan dilakukan.
Kedua-dua kemungkinan ini sememangnya perlu dielakkan agar 0bjektif manhaj tarbiyah yang diadakan mampu dicapai sekaligus memberi kesan yang p0sitif kepada orang yang ditarbiyah.
Bagi menyelesaikan dua kemungkinan tersebut :
  • se0rang murabbi, naqib ataupun naqibah, seharusnya perlu menc0ntohi prinsip yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w dalam mafhum sabdanya, "Berbicaralah dengan manusia berdasarkan taraf kecerdasan akal mereka." Langkah sedemikian akan membolehkan murabbi berkenaan menggunakan bahasa sesuai dengan tahap pemahaman bakal pendengar tarbiyah tersebut. Jika tidak diambil kira tahap kefahaman pendengar maka dikhuatiri kandungan pengisian ilmu yang disampaikan tidak mampu meresap ke dalam hati dan minda pendengar. Kayu ukur sebenar kehebatan seseorang murabbi bukanlah terletak pada ketinggian ilmu pengetahuan dimiliki atau sejauh manakah murabbi itu dapat mencuit hati pendengar dengan lawak jenakanya, tetapi diukur melalui kebijaksanaan menyebarkan ilmu secara penuh hikmah dan tertib tanpa menyinggung hati pendengar.
  • Bagi mad'u pula, dia seharusnya berlapang dada & berlembut hati bagi menerima ilmu serta nasihat yang diberikan oleh murabbi. Jika dia tetap dengan eg0nya untuk berkeras daripada menerima input2 tersebut, dia akan berterusan lalai dengan tabiat lamanya...Ia merupakan satu kerugian yang besar bagi dirinya kerna dia telah membazirkan segala kata2 baik yang diberikan kepadanya. Ingatlah, perbuatan membazir amat dibenci oleh Allah dan orang yang suka membazir adalah kawan syaitan. Allahurabbi,Nauzubillah...
Sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah,
sememangnya hidayah itu milik Allah, tetapi kita boleh merancang serta cuba untuk melakukan perubahan. yang selebihnya kita bertawakal, berd0a dan serahkan sepenuhnya kepada Allah...Pastikan usaha itu ada, itu yang penting! Menurut Syeikh Mustafa Masyhur juga:

                 Bittaufiq wannajah fi dunya wa akhirat =)

1 comments:

Jejak..


Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?

Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,

Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?

Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.

Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.

Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

DUNIA Tempat Persinggahan KITA!

Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan keta
qwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.


Warkah Perjuangan!

"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]


Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”

Jiran Tetangga..