MENGAPA HARUS BERSEDIH?

Saudara dan saudari yang dikasihi kerana Allah...
Allah benar janjiNya. Segala apa yang berlaku adalah ketentuan dariNya. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala. Mampukah kita ukur banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang Allah telah beri kepada kita? Firman Allah :
"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." (Surah Ibrahim 14:34)
Mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan sebagainya. Rezeki yang melimpah ruah. Apa yang kurang? Tidak ada apa yang kurang. Mak ayah, suami, isteri, anak-anak, adik-beradik, kengkawan, pekerjaan, rumah, kereta, pelajaran, segalanya cukup.
Dan apabila ditimpa musibah, Allah tarik balik sedikit sahaja kurniaNya, mengapa harus berdukacita? Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik? Allah tarik sesuatu untuk berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahilkan.
Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah!
Firman Allah : "Jangan takut, jangan berdukacita." (Surah Al-'Ankabut 29:33)
Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan (mujahadah) mengatasi segala masalah? Hidup akan bermakna dan terisi apabila kita berdepan dengan masalah. Firman Allah :
"Apakah manusia itu mengira mereka ditinggalkan begitu sahaja untuk berkata,"kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji"." (Surah Al-'Ankabut 29:2)
Masalah besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Apakah ada masalah yang lebih besar daripada masalah tersebut? Syaitanlah yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan serta maksiat. Sebab itu mujahadatun-nafs: melawan nafsu,melawan syaitan dan iblis itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.
Ingatlah, iblis telah bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan mengganggu, mengg0da dan menyesatkan anak cucu Nabi Adam. Iblis akan berusaha untuk melakukan itu secara berterusan, sejak daripada kita kecil, dewasa dan hinggalah kita kembali kepada Allah SWT. Ini masalah yang perlu kita hadapi. Jika kita mampu mengatasi masalah tersebut di dunia ini, InsyaAllah bahagialah kehidupan kekal kita di akhirat kelak. Adapun selain daripada masalah itu, anggaplah ia sebagai asam garam kehidupan.
Masalah yang kita lalui akan mematangkan jiwa kita, akal kita dan juga peribadi kita agar menjadi lebih baik. Yakinlah bahawa segala masalah yang timbul pasti ada penyelesaiannya!
Gunakan f0rmula DUIT :
D0a + Usaha + Ikhtiar + Tawakal = KEJAYAAN!
InsyaAllah...

0ne m0re thing, Remember this!!!
You must face the pr0blems, y0u cann0t av0id the pr0blems...
They will stick until y0u finish them...
D0n't be sad. Alwayss be HAPPY...Smile =)

0 comments:

Catat Ulasan

Jejak..


Sedarlah wahai anakku,
Tiada bunga yang tidak akan layu,
Tiada ombak yang tidak akan berundur,
Tiada cahaya yang tidak akan malap,
Jadi apakah yang kamu rungsingkan lagi?

Wahai anakku,
Tiada parut yang tidak akan pudar,
Tiada luka yang tidak akan sembuh,
Tiada putus harapan yang tidak akan berhenti,

Jadi apakah lagi yang kamu sangsikan?

Wahai anakku,
Jangan tunggu dalam kebimbangan,
Kerana masa tidak mengerti menunggu kamu yang sedang menunggu.

Ingat wahai anak kesayanganku, lakukan segalanya demi Allah swt dan jangan harapkan pulangan. Lakukan untuk mencari keredhaan Allah; maka dengan itu kamu tidak akan dikecewakan oleh siapa-siapa manusia.

Senyum ^_^
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

DUNIA Tempat Persinggahan KITA!

Dunia adalah tempat ujian.
Ujian keimanan dan keta
qwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.


Warkah Perjuangan!

"Wahai para pemuda generasi islam, kembalilah ! Kalian adalah rohnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman & takwa.
Kalian adalah rahsia kebangkitan yang lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!”
(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

[Imam Hassan Al Basri]


Kata Ibnul Jauzy:
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda.”

Jiran Tetangga..