Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

F0rum:Melahirkan Ummah Bertakwa

Imej
Bismillahirrahmanirrahim...
Baru2 ini, lajnah Amar Makruf Nahi Munkar (AMRU "12) di KIAS (tempat saya belajar) telah menganjurkn satu f0rum. Tujuannya adalah untuk memberikn kefahaman kepada para mahasiswa mengenai fungsi Biah S0lehah & peranannya kepada ummah. Di bawah ini saya sertakan isi2 perbincangan pd f0rum tersebut:


1) Apa yang dimaksudkan dengan biah s0lehah? => Biah s0lehah dimaksudkan dengan persekitaran yang baik hasil dari r0h tarbiyah yang diberikan. Orang2 yang baik akhlak serta peribadinya diperlukan bagi membentuk biah s0lehah. Biah s0lehah ini juga wujud disebabkan orang2 yang mempunyai ilmu agama itu mengamalkan ilmu2 yang mereka pelajari dalam kehidupan seharian mereka. Ibaratnya seperti ini: jika sese0rang itu pemalas dan mendiami sebuah rumah, sudah tentu persekitaran rumahnya k0tor & tidak kemas kerana dia malas mengemas serta membersihkannya. 2)Macam mana nak melahirkan ummah yang bertakwa? =>Sebenarnya manusia itu berubah dan setiap perubah…

Dia Muhammad (Amalan Sunnah)

Imej
Bismillahirrahmanirrahim...

Muhammad ya Rasulullah,
Sungguh mulianya pekertimu,
Sinar bercahaya di wajahmu,
Kaulah Nabi kekasih Allah,
Kau jadi insan pilihan...
Demi umat rela berkorban,
Jiwa dan raga kau taruhkan,
Demi Tuhan kau tempuhi dugaan dan cabaran.
Subhanallah...Lihatlah pengorbanan dari kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w. Bagindalah yang menyinari kegelapan zaman jahiliah menjadi cahaya dengan sinar Islam serta membebaskan derita umat menjadi bahagia. Jasa Nabi Muhammad s.a.w amatlah besar dalam menyebarkan agama Islam sehinggakan agama Islam itu tersebar ke suluruh dunia & dikenali sehingga hari ini. Baginda juga amat menyayangi umatnya. Buktinya:
"Pada suatu hari, Nabi s.a.w pulang awal ke rumah. Saidatina Aisyah duduk berdekatan dengan Rasulullah. Rasulullah tahu bahwa Aisyah inginkan sesuatu. Lalu Aisyah memberitahu, "Rasulullah, Engkau doakan diriku ini." Lalu Rasullah s.a.w berdoa, "Ya Allah, Engkau ampunilah dosa-dosa Aisyah yang lepas dan yang…

Guide Me All The Way...

Bismillahirrahmanirrahim... I know that You could easily Take away everything You've given me And I try to remember Not to take anything for granted 'Cause I know that one day Suddenly this will all come to an end So my last wish is for You to be pleased with me Allah, Ya Allah Guide me all the way to Your Jannah Ya Allah, Ya Allah Don't let me go astray 'cause I need You By my side, I wish to be close Close to You throughout my life Ya Allah, O Allah! Be with me all the way I know that sometimes I do I do forget that my next breath could be the last Forgive me 'cause I can't thank You enough Forgive me when I doubt Your love Now I pray for that day When all this stops and comes to an end So my last wish is for You to be pleased with me Day by day passes And I think that my time could be near So I pray: O God let this world be in my hands And not in my heart 'Cause soon I'll have to leave it Guide me all the way Don't let me go astray

Muslim Dari Sudut Akhlak

Imej
Bismillahirrahmanirrahim...
Kemuliaan akhlak merupakan matlamat utama bagi ajaran Islam sebagaimana yang ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w tentang tujuan pengutusan baginda:
"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak."
Firman Allah lagi:
"Bukanlah menghadap wajah kamu ke arah timur dan barat itu suatu kebaktian akan tetapi kebaktian itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya) dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa." (Surah Al-Baqarah 2:177)
Kemuliaan akhlak juga adalah tanda keimanan seseorang kerana ia adalah buah dari keimanannya. Adalah tidak dikira beriman seseorang yang tidak berakhlak. Berhubung …

#2 Bersama Ustaz Mohamad Lokman Awang

Imej
Assalamualaikum sahabat2 yang dikasihi kerana Allah...
Aktiviti yang diadakan kali ini dikendalikan oleh Ketua Alumni Shams iaitu Dr. Afandi Salleh. Ia turut melibatkan ahli2 LPDI. Saya & sahabat2 yg hadir pada hari tersebut ditemukan dengan Ustaz Mohamad Lokman Awang & beliau telah berk0ngsi dengan kami tentang 'Tiada Izzah (kemuliaan) Tanpa Dakwah'.
Banyak input yang dapat diambil dari perk0ngsian (ceramah) itu dan saya telah tulisnya dalam entry yang lain buat sahabat2 agar mudah difahami. Antara gambar2 yang diambil semasa ceramah:

Ustaz Mohamad Lokman Awang
Dr. Afandi Salleh
Sesi Pembentangan (Hala tuju LPDI)
Ikhwan & Akh0wat yg hadir...  *buat sahabat2 semua, j0m sertai kami di group Liqo' Para Da'ie Islam (fb)...jumpa di sana n_n

#1 Tautan Mahabbah LPDI

Imej
Assalamualaikum sahabat2 semua...
Sebenarnya, Tautan Mahabbah LPDI nie merupakan pr0gram sulung yang dianjurkan 0leh gr0up Liqo' Para Da'ie Islam. Pr0gram tersebut diadakan pada 29/12/11 di Terengganu Equestrian Res0rt (TER) di K.Terengganu & disertai lebih kurang 31 orang ahli lpdi.
Alhamdulillah, walaupun kehadiran ahli tidak seramai yang kami target, pr0gram tetap berjalan dengan lancar. Di sini saya sertakan beberapa keping gambar yang diambil semasa pr0gram tersebut :




Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh saudara Ridwan
dari kiri:saudara Ridwan, saudara Hatim (Pengerusi LPDI) & saudara Ikram
aktiviti2 yg drancang.  Alhamdulillah,ada diantaranye yg tlh terlaksana...

Ikhwan & Akh0wat yg hadir  *Jangan lupe yee! Buat yg belum sertai kami, Ayuh bersama kami dgn mnyertai aktiviti2 yg dianjurkan oleh Liqo' Para Da'ie Islam...Sem0ga ikatan Ukhwah yg dibina terus utuh kernaNya =)

10 Muwasafat Tarbiyah

Imej
Assalamualaikum sahabat2 yang dikasihi kerana Allah... Entry kali nie, saya ingin k0ngsikan dengan kalian mengenai Muwasafat Tarbiyah. Bagi mempersiapkan diri menjadi se0rang da'ie Muslim dalam perjuangan Islam serta sebagai c0ntoh teladan yang baik bagi orang lain, kita mesti memahami apa yang dimaksudkan dengan Muwasafat Tarbiyah serta mengamalkannya. 10 sifat yang perlu ditanam dalam diri se0rang da'ie adalah: -Sihat Tubuh Badan (Qawiyyal Jism) Rasulullah  s.a.w  menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan. -Akhlak Yang Mantap (Matinul Khuluq) Mestilah berlandaskan Islam iaitu melalui Al-Quran serta ajaran Rasulullah s.a.w. Kerana itu Baginda diutus untuk memperbaiki akhlak umat Islam dan Baginda sendiri telah memberi contoh akhlaknya yang agung sehingga diabadikan oleh Allah di dalam Al-Quran, Allah berfirman: Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang…

Mundur ke Hadapan, Maju ke Belakang

Imej
Siapa yang mundur ke hadapan?
Dan siapa pula yang maju ke belakang?
Antara pers0alan yang bakal bermain di fikiran kita semua...
Jawapannya, 'siapa' yang dimaksudkan itu sudah tentulah manusia pada zaman kini.
Jadi timbullah pula pers0alan...
Mengapa mereka?
Apa yang manusia buat sehingga mereka maju ke belakang? Sedangkan apa yang kita semua lihat hari ini, manusia sudah mula maju ke hadapan...
Ya! Mereka memang sudah mula maju ke hadapan...Tetapi, itu melalui luaran sahaja yang kebanyakannya melibatkan tekn0logi (kemahiran) serta kebendaan. Tanpa mereka sedari akhlak/perilakumereka semakin maju ke belakang seakan-akan sepertizaman jahiliah...
Sebelum pergi lebih jauh, ayuh kita sama2 fahami terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan jahiliah. Dari segi istilah, jahiliah membawa maksud kekufuran, keangkuhan dan kebodohan dari segi ilmu pengetahuan kerana golongan Arab Jahiliah tidak ramai yang tahu membaca dan menulis yang merupakan asas kepada ilmu pengetahuan. Keadaaan b…

Pelangi Tarbiyah~

Imej
Assalamualaikum sahabat2 yang dikasihi kerana Allah...
Bila baca tajuk di atas tu, apa yang kalian akan bayangkan???
Pelangi! Ya, sudah semestinya pelangi yang indah berwarna-warni...

nie pelangi yang dilukis...cantikkan n_n
0k...sekarang nie saya nak ajak kalian semua berfikir sejenak. Macam mana pelangi b0leh terbentuk ye? Bila masa pelangi keluar? emmm...fikir2!



subhanallah,indahnye ciptaan Ilahi. Dah dapat ke tidak jawapan bagi s0alan saya tadi? kalau dah dapat bagus la...0k,sekarang nie cuba renungkan pula apa hikmah yang ada disebalik penciptaan pelangi yang indah nie. Kenapa saya suruh sahabat2 menggunakan anugerah akal yang Allah beri untuk fikir tentang kejadian pelangi? Sebabnya....Ingat ayat nie, Allah jadikan sesuatu perkara itu bukan sia-sia, macam pelangi kat atas tu... Ia akan keluar (terbentuk) lepas turunnya hujan... Tapi kebiasaannya bila hujan turun, mesti ada 'manusia' yang akan mengeluh, "Alamak! Hujan la...habis pakaian aku kat ampaian." Bukan t…

KEAJAIBAN DI BUMI GAZA!

Imej
Subhanallah... Keajaiban di peperangan Gaza :

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama…

Dah 21 atau baru 21?

Imej
~by Hilal Asyraf.

Remaja, pemuda, kamu ini apa?
Artikel ini mungkin khusus buat remaja. Tetapi saya kira, efeknya kena pada semua.
Berbicara mengenai umur. Umur kita.
Bagaimanakah kita memandang umur kita?
Rata-rata remaja, terutama belasan tahun, dan awal 20-an(pemuda) memandang usia mereka ‘muda’. Apabila dibicarakan akan tanggungjawab, kematangan, keseriusan dalam hidup, melakukan sesuatu yang besar, maka jawapan-jawapan seperti berikut akan melintas:
“Aku baru 18 tahun,”
“La, aku ni baru 20 tahun,”
Terasa muda kan? Baru. Seakan ada banyak masa lagi untuk dilengahkan, ada banyak waktu lagi untuk dibazirkan. Tetapi siapakah remaja yang apabila umurnya mencapai 18 tahun, berkata:
“Aku sudah 18 tahun, Usamah bin Zaid RA sudah mampu menjadi Jeneral Perang ketika ini. Aku?”
Apabila umurnya sampai kepada 21 tahun:
“Aku sudah 20 tahun, Muhammad Al-Fateh tawan Konstantinopel pada umur 22/23, aku ada setahun sahaja lagi untuk menyaingi dia.”
Terasa tua. Terasa sedikitnya masa. Terasa kemat…

HIJRAH Permulaan Segalanya

Imej
Salam Maal Hijrah 1434 buat sahabat2 yang dikasihi kerana Allah...
Apa khabar antum semua? Sem0ga sentiasa sihat luaran & dalamannya.
Alhamdulillah...Sama2 kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerna kita semua masih lagi diberi peluang untuk bernafas pada tahun baru ini. Dengan peluang yang diberikan, ayuh kita semua buka Lembaran Baru/Buku Baru dalam kehidupan kita untuk berhijrah (berubah) menjadi lebih baik dari tahun2 sebelum ini. Sesuailah dengan hakikat hijrah itu sendiri iaitu melaksanakn perintah Allah dengan meninggalkan kedurhakaan kepadaNya serta meninggalkan larangan-laranganNya. Jika ada niat kita yang masih tertangguh pada tahun sebelum ini, jangan risau...Teruskan niat murni tersebut, teruskan bermujahadah untuk merealisasikannya. Pastikan juga perubahan yang kita lakukan itu niatnya lillahi Taala dan bukannya untuk mengharapkan pujian serta sanjungan dari orang lain. Sabda Nabi s.a.w : "Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung dengan niat." (HR.Bukha…

MENGAPA HARUS BERSEDIH?

Imej
Saudara dan saudari yang dikasihi kerana Allah...
Allah benar janjiNya. Segala apa yang berlaku adalah ketentuan dariNya. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala. Mampukah kita ukur banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang Allah telah beri kepada kita? Firman Allah :
"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." (Surah Ibrahim 14:34)
Mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan sebagainya. Rezeki yang melimpah ruah. Apa yang kurang? Tidak ada apa yang kurang. Mak ayah, suami, isteri, anak-anak, adik-beradik, kengkawan, pekerjaan, rumah, kereta, pelajaran, segalanya cukup.
Dan apabila ditimpa musibah, Allah tarik balik sedikit sahaja kurniaNya, mengapa harus berdukacita? Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik? Allah tarik sesuatu untuk berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahilkan.
Berlapang dada kepada Allah, bahawa Al…

Nilai TARBIYAH...

Imej
Sebenarnya bernilai atau tidak sesuatu pentarbiyahan itu hanya bergantung kepada mad'u (orang yang ditarbiyah). Dia sahaja yang mampu menjawab sama ada pr0ses pentarbiyahan yang dia lalui telah membawa dia kepada landasan yang benar ataupun tidak! Jika ianya berkesan, Alhamdulillah...Itu tandanya dia telah mampu memujuk hatinya untuk belajar menerima suatu perubahan yang pada awalnya mungkin sesuatu yang asing, namun dia tidak perlu khuatir kerna situasi itu pasti akan berlaku pada awal perubahan seseorang.
Tetapi, jika pr0ses pentarbiyahan itu tidak membawa sebarang perubahan pada dirinya & dia masih di tampuk yang lama, itu situasi yang perlu dibimbangkan. Hanya ada dua kemungkinan sahaja mengapa situasi itu berlaku :
Mungkin input atau ilmu yang cuba disampaikan oleh murabbi semasa pr0ses pentarbiyahan tidak dapat difahami oleh dirinya, tidak sesuai dengan masalah yang dialaminya dan sebagainya...Mungkin juga situasi itu berpunca dari dirinya sendiri yang tidak mahu menerima…

Sejarah LPDI n_n

Imej
Assalamualaikum...
Sem0ga sahabat2 semua dalam perlindunganNya sentiasa, amin...
Mesti ada yang tertanya-tanya, apa LPDI tu kan...? Hihi...
Jangan peningkan kepala! Teruskan membaca, InsyaAllah ada jawapan beserta manfaatnya!
Sebenarnya, sahabat baik saya Ukht Farhah telah tubuhkan 1 gr0up di Fb yang dinamakan Liqo' Para Da'ie Islam (usianya hampir dua tahun). Tujuan asal gr0up nie adalah untuk pelajar2 Shams (sek0lah kami) sahaja, tetapi atas permintaan sahabat2 dari sek0lah lain yang ingin turut serta, ianya ditukarkan kepada 0pen gr0up.
Jadi di sinilah tempatnya dimana saya beserta sahabat akh0wat & ikhwan yang lain berk0ngsi ilmu dan bertukar2 pendapat. Melihat kepada peningkatan ahli gr0up, sahabat saya cadangkan supaya diadakan pertemuan diantara ahli gr0up kerna dengannya dapat mengeratkan lgi tali ukhwah yang dibina...Bermula dengan idea tersebut, telah terbentuknya sebuah 0rganisasi yang bertanggungjawab mengadakan aktiviti2 yang menarik bagi gr0up ini. Kebanyak…

Belia Permata Sinar Islam

Imej
~Datuk Mohd Zawawi Yusoh Golongan remaja yang mengabdikan diri kepada Allah dalam kegiatan hidupnya sebagai manusia,
kelak Allah memasukkan mereka dalam golongan mendapat perlindungan lembayung payung Allah di Padang Mahsyar.
Perkara itu dijelaskan dalam sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Tujuh golongan manusia yang akan dilindungi oleh Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindungan-Nya, pemuda yang hidup dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Harapan Islam kepada generasi muda,remaja atau belia amat tinggi.Justeru,pengiktirafan itu mesti dibuktikan melalui tindakan dan realiti,bukan sekadar retorik atau omong kosong.
Benar, kecintaan Allah kepada mereka yang suka bersedekah,
tetapi Allah lebih cinta genersi muda yang bersedekah.
Allah juga mencintai mereka yang beramal,
tetapi Allah lebih mencintai generasi muda beramal.
Allah mengasihi orang beribadat,
tetapi Allah lebih mengasihi pemuda yang beribadat.

Wahai adik-adik remaj…

IMAN, ISLAM DAN EHSAN

Imej
Kali nie saya nak ajak teman-teman bertaaruf dengan Iman, Islam dan Ehsan...
InsyaAllah...
melalui hadis dibawah nie kalian akan lebih memahami apakah maksud ketiga-tiganya.
Apa tunggu lagii, J0m bace!
Hadis sahih Muslim, drpd Abdullah bin Umar,katanya Umar al-Khattab ayahnya bercerita kepadanya seperti berikut:
Pada suatu hari kami berada di sisi Rasulullah s.a.w, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang berpakaian sangat putih dan rambutnya hitam pekat. Sama sekali tidak nampak pada dirinya tanda-tanda seperti orang yang datang dari jauh. Tetapi tidak seorang pun daripada kami yang mengenali lelaki tersebut. Dia duduk dekat dengan Nabi s.a.w. Dia menyandarkan kedua lututnya kepada kedua lutut Rasulullah. Dia juga meletakkan kedua tapak tangannya di atas kedua pahanya sendiri.
  Dia berkata,"Wahai Muhammad, beritahu kepadaku mengenai Islam."
Rasulullah s.a.w bersabda,"Islam itu hendaklah kamu bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahawasanya Muham…