Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Ibarat tiada Kematian!!!

Imej
Bismillahirrahmanirrahim...
Apa khabar sahabat2 yang dikasihi oleh Allah sekalian? Sem0ga semuanya dalam perlindungan & rahmatNya selalu... Saya ingin k0ngsikan sedikit titipan yang telah diberikan 0leh insan2 yang sangat saya sayangi,my parents =)
Kebiasaannya jika saya pulang ke rumah masa cuti,semestinya akan ada cerita2 yang akan dik0ngsikan oleh mama @ papa. Dan kebanyakan cerita yang mereka ceritakan itu punya ibrah (pengajaran) yang b0leh saya & adik-beradik yang lain jadikan sebagai iktibar dalam kehidupan kami. Selain teguran2 yang diberikan saat kami lakukan kesalahan, itu juga merupakan cara yang mereka gunakan untuk mendidik kami. That's 0ur family...
Malam semalam (selesai sahaja kami sekeluarga makan malam), tiba2 mama bersuara & menyuruh papa menceritakan sesuatu pada saya & adik-beradik yang lain. Saya dapat rasakan bahwa cerita yang bakal saya dengar itu mungkin sahaja cerita yang kurang enak kerna berlaku perubahan pada nada suara serta air muka ma…

Masa Itu Hayat!

Imej
Bismillahirrahmanirrahim... Setelah 2 minggu rasenye saya tidak menulis,,,kerinduan pada bl0g nie mula menyelubungi diri. Biasalah bila dah hobinya menuliskan,beginilah jadinya ^_^
Bila namanya student,sememangnya jadual akan padat dengan kelas,assignment & aktiviti2 sampingan. Namun, kepadatan itulah yang sebenarnya banyak mengajar saya supaya lebih menghargai setiap detik masa yang Allah anugerahkan ini...
Pensyarah saya pernah pesan : "pepatah sering mengatakan 'Masa itu ibarat Emas'.tetapi saya tidak bersetuju dengan pepatah itu kerana emas itu boleh dibeli serta ditukar milik. Jadi,nilainya juga akan berbeza-beza. Apa kata kalau kita tukarkan pepatah itu menjadi 'Masa itu ibarat Hayat'. Itu lebih sesuai rasanya kerana hayat itu boleh ditafsirkan sebagai kehidupan kita! Kita sendiri sedar bahwa jika kita abaikan kehidupan kita maka ianya langsung tiada nilai & tidak mendatangkan apa2 manfaat bagi kita. Kehidupan kita juga berbeza dengan 0rang lain ser…

Seni Kehidupan Bersama Islam...

Imej
Bismillahirrahmanirrahim...
Semua insan yang dilahirkan dia atas muka bumi Allah ini mempunyai kelebihan masing2 dalam men0njolkan kemahiran seni yang ada pada diri mereka.Cuma,,,kadang2 mereka sahaja yang lupa pada bakat seni mereka!Apa yang saya ingin sampaikan bukanlah berkaitan seni melukis,bertukang,menjahit &....tetapi yang ingin saya ceritakan di sini adalah berkaitan seni kehidupan sese0rang itu dengan menjadikan ISLAM sebagai Ad-deen (cara hidup). Apa yang Islam ajarkan kepada kita sebagai umatnya? Jika ditulis kesemuanya sememangnya tidak mampu kerna Islam mengajar umatnya beribu2 cara hidup & lebih dari itu lagi bagi menjadikan kehidupan umatnya sentiasa terbaik! Antara yang Islam ajarkan adalah supaya kita sentiasa menjaga kebersihan (Kebersihan separuh daripada Iman), memaafkan kesilapan orang lain, mengh0rmati yang tua & muda, menjaga ikhtilat (pergaulan), tidak memfitnah, prihatin dengan 0rang yang memerlukan, menjaga ukhuwah (tali persaudaraan), bersatu pad…

Keluarga Baru ^_^

Imej
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah. Tanggal 8/12/2012 saya & sahabat2 akh0wat seramai 8 orang telah dilamar menjadi ahli keluarga Demi Masa Production. Pada mulanya, kami hanya dilantik sebagai Ajk untuk pr0gram sulung yang dianjurkan 0leh Demi Masa Production iaitu F0rum Cinta Seban dan Jilbab yang diadakan pada hari tersebut di dewan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Nilampuri, Kelantan. Sememangnya pengalaman bekerjasama bersama sahabat2 akh0wat serta ikhwan dari Demi Masa Production merupakan satu pengalaman yang manis dan bermakna bagi saya. Nak tahu sebabnya???
Untuk pengetahuan sahabat2 semua...
Demi Masa Production lahir hasil gabungan idea oleh sahabat2 ikhwan saya (seramai 5 orang) yang merupakan pelajar tahun satu, diploma pengajian Islam di Kias. Semangat & usaha mereka sememangnya saya kagumi kerana walaupun sibuk dengan tugasan2 sebagai pelajar, mereka masih mampu menguruskan Demi Masa Production dengan menawarkan perkhidmatan dalam event manageme…

Our Way To Jannah!

Imej
Bismillahirrahmanirrahim...
Pers0alan pertama yang perlu kita tanya pada diri kita bila bercakap tentang syurga adalah "Macam mana untuk aku ke sana?"
Bila dah tanya barulah dapat jawapannya kan...Jawapannya adalah dengan daya USAHA kita sendiri!!! Sememangnya Allah yang menetapkan segala apa yang berlaku di dunia ini. Namun, kita kena ingat mengapa Allah jadikan manusia itu berakal dan tidak seperti binatang. Akal itu Allah jadikan supaya kita mampu berfikir agar apa yang kita ingin lakukan itu tidak memudaratkan diri. Berdasarkan firman Allah :
"Maka apakah orang yang mengetahui bahwa apa yang diturunkanTuhan kepadamu adalah kebenaran, sama dengan orang yang buta? Hanya orang berakal saja yang dapat mengambil pengajaran."
(surah Ar-Ra'd:19)
C0ntohnya, semasa kita keluar dari satu kedai runcit, tiba2 hujan turun dengan lebatnya. Lalu pilihan yang ada di tangan kita hanyalah 3 cara iaitu tunggu di dalam kedai sampai habis hujan, redah jee hujan tu ataupun pinja…

Pertukaran Kiblat --->

Imej
Bismillahirrahmanirrahim...
"Dan setiap umat mempunyai kiblat yang dia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan. Di mana saja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu semuanya. Sungguh, Allah Mahakuasa atas segala sesuatu." (surah Al-Baqarah: 148)
Semua manusia mempunyai kiblat mereka masing2 termasuklah diri kita. Ayuh! sekarang fikirkan kiblat mana yang sedang kita ikut ketika ini, kiblat Kebaikankah atau kiblat Keburukan? Semestinya kita tidak b0leh salah dalam memilih arah kiblat, kerna kiblat itulah yang membawa kita menuju tempat yang dijanjikan oleh Allah di akhirat kelak sama ada Syurga ataupun Neraka...



Jika kita belum berada pada kiblat yang betul, jangan khuatir kerna selagi kita diberi peluang menghirup udaraNya selagi itulah kita berpeluang untuk menukar arah kiblat kita. Tiada erti terlambat dalam menukarnya...Berdasarkan firman Allah:
"Sungguh orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-ketera…

F0rum:Melahirkan Ummah Bertakwa

Imej
Bismillahirrahmanirrahim...
Baru2 ini, lajnah Amar Makruf Nahi Munkar (AMRU "12) di KIAS (tempat saya belajar) telah menganjurkn satu f0rum. Tujuannya adalah untuk memberikn kefahaman kepada para mahasiswa mengenai fungsi Biah S0lehah & peranannya kepada ummah. Di bawah ini saya sertakan isi2 perbincangan pd f0rum tersebut:


1) Apa yang dimaksudkan dengan biah s0lehah? => Biah s0lehah dimaksudkan dengan persekitaran yang baik hasil dari r0h tarbiyah yang diberikan. Orang2 yang baik akhlak serta peribadinya diperlukan bagi membentuk biah s0lehah. Biah s0lehah ini juga wujud disebabkan orang2 yang mempunyai ilmu agama itu mengamalkan ilmu2 yang mereka pelajari dalam kehidupan seharian mereka. Ibaratnya seperti ini: jika sese0rang itu pemalas dan mendiami sebuah rumah, sudah tentu persekitaran rumahnya k0tor & tidak kemas kerana dia malas mengemas serta membersihkannya. 2)Macam mana nak melahirkan ummah yang bertakwa? =>Sebenarnya manusia itu berubah dan setiap perubah…

Dia Muhammad (Amalan Sunnah)

Imej
Bismillahirrahmanirrahim...

Muhammad ya Rasulullah,
Sungguh mulianya pekertimu,
Sinar bercahaya di wajahmu,
Kaulah Nabi kekasih Allah,
Kau jadi insan pilihan...
Demi umat rela berkorban,
Jiwa dan raga kau taruhkan,
Demi Tuhan kau tempuhi dugaan dan cabaran.
Subhanallah...Lihatlah pengorbanan dari kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w. Bagindalah yang menyinari kegelapan zaman jahiliah menjadi cahaya dengan sinar Islam serta membebaskan derita umat menjadi bahagia. Jasa Nabi Muhammad s.a.w amatlah besar dalam menyebarkan agama Islam sehinggakan agama Islam itu tersebar ke suluruh dunia & dikenali sehingga hari ini. Baginda juga amat menyayangi umatnya. Buktinya:
"Pada suatu hari, Nabi s.a.w pulang awal ke rumah. Saidatina Aisyah duduk berdekatan dengan Rasulullah. Rasulullah tahu bahwa Aisyah inginkan sesuatu. Lalu Aisyah memberitahu, "Rasulullah, Engkau doakan diriku ini." Lalu Rasullah s.a.w berdoa, "Ya Allah, Engkau ampunilah dosa-dosa Aisyah yang lepas dan yang…

Guide Me All The Way...

Bismillahirrahmanirrahim... I know that You could easily Take away everything You've given me And I try to remember Not to take anything for granted 'Cause I know that one day Suddenly this will all come to an end So my last wish is for You to be pleased with me Allah, Ya Allah Guide me all the way to Your Jannah Ya Allah, Ya Allah Don't let me go astray 'cause I need You By my side, I wish to be close Close to You throughout my life Ya Allah, O Allah! Be with me all the way I know that sometimes I do I do forget that my next breath could be the last Forgive me 'cause I can't thank You enough Forgive me when I doubt Your love Now I pray for that day When all this stops and comes to an end So my last wish is for You to be pleased with me Day by day passes And I think that my time could be near So I pray: O God let this world be in my hands And not in my heart 'Cause soon I'll have to leave it Guide me all the way Don't let me go astray

Muslim Dari Sudut Akhlak

Imej
Bismillahirrahmanirrahim...
Kemuliaan akhlak merupakan matlamat utama bagi ajaran Islam sebagaimana yang ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w tentang tujuan pengutusan baginda:
"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak."
Firman Allah lagi:
"Bukanlah menghadap wajah kamu ke arah timur dan barat itu suatu kebaktian akan tetapi kebaktian itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya) dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa." (Surah Al-Baqarah 2:177)
Kemuliaan akhlak juga adalah tanda keimanan seseorang kerana ia adalah buah dari keimanannya. Adalah tidak dikira beriman seseorang yang tidak berakhlak. Berhubung …

#2 Bersama Ustaz Mohamad Lokman Awang

Imej
Assalamualaikum sahabat2 yang dikasihi kerana Allah...
Aktiviti yang diadakan kali ini dikendalikan oleh Ketua Alumni Shams iaitu Dr. Afandi Salleh. Ia turut melibatkan ahli2 LPDI. Saya & sahabat2 yg hadir pada hari tersebut ditemukan dengan Ustaz Mohamad Lokman Awang & beliau telah berk0ngsi dengan kami tentang 'Tiada Izzah (kemuliaan) Tanpa Dakwah'.
Banyak input yang dapat diambil dari perk0ngsian (ceramah) itu dan saya telah tulisnya dalam entry yang lain buat sahabat2 agar mudah difahami. Antara gambar2 yang diambil semasa ceramah:

Ustaz Mohamad Lokman Awang
Dr. Afandi Salleh
Sesi Pembentangan (Hala tuju LPDI)
Ikhwan & Akh0wat yg hadir...  *buat sahabat2 semua, j0m sertai kami di group Liqo' Para Da'ie Islam (fb)...jumpa di sana n_n